Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Rabu, Julai 29

suami di perantauan (8) : terminal bersepadu selatan vol 3

hello semua, selamat petang,

Ini adalah sambungan cerita dari sebelum Raya hari tu.

Pakcik SPAD meminta aku dan Lokman mengajukan lebih banyak soalan adalah bonus untuk aku. Aku suka bertanya dan bercakap. Tips pertanyaan atau soalan yang baik ialah soalan tersebut sukar dijawab. Dulu-dulu aku belajar masa zaman matrikulasi.

Aku : hmmm... cik tadi saya online nak book tiket, saya nak bayar guna Maybank2u. Tak jmpe button tu. Yg saya jumpa button Visa Card dengan MEPS. MEPS tu Maybank2u ke?

Hmm. Jitu aku bagi. Lokman pun ternganga. Mungkin jugak nak tahu benda yang sama. Kihkih.

Pakcik SPAD : yang tau saya tak pasti la adik. Betul la agaknye ape adik teka tu. Nanti adik pastikan dengan orang kaunter ye.

Cadangan pakcik SPAD aku ambil dengan senyum sikit biar tak ternampak oleh pakcik tu. Dalam hati tipikal melayu aku puas. Akhirnya ada benda jugak yang pakcik ni tak tahu. Lokman memandang aku garang, marah mungkin. Lokman ni genius perasaan dan tindakan isteri. Dia tahu aku sengaja tanya soalan tu.

Lokman : Yang tu ape cik?

Lokman seperti membalas dendam kepada aku. Menunjukkan arah mesin automatik berdekatan eskalator.

Pakcik SPAD : ooo yang tu mesin beli tiket.

Lokman : bukan sape beli tiket online nanti print situ cik?

Lokman menambah soalan. Pakcik SPAD tersenyum.

Pakcik SPAD : tak dik. Kalo adik celik informasi boleh la beli kat situ, tak payah beratur kat kaunter.

Telinga aku panas. Aku kawal dengan satu ekspressi senyuman kelat. Kemudian-kemudian, Lokman berjabat tangan kembali dengan dia seiring dengan ucapan terima kasih. Kami tetap berdiri di kaunter.

Seberapa lama aku marah dan aku menunjukkan ekspressi "duck face" kepada Lokman. Keadaan sunyi seketika. Aku mulai bosan. Walaupun servis di kaunter agak memberangsangkan. Seorang demi seorang pelanggan mampir ke hadapan kaunter tiket. Aku sedang marah. Itu sahaja. Hahaha. Dengan langkah yang kasar, aku menuju ke mesin automatik.

Aku : kite nak pegi jalan. Abang beli la sendiri.

Ujar aku berlalu.

Huhu.

Tu je. Ada sambungan. Nanti tulis lagi.

Kbai.

8 ulasan:

  1. alaaa nak kena baca first part la ni gaya nya.. jap ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. be pleasure kalau nak baca dr mula akak dora...

      huhu.

      Padam
  2. Ekeleh Mas ni kan... itulah cuba buat cara macam En Lokman.
    Tak payahlah nak test-test pakcik SPAD itu
    Nakal mas ni ye... dah terkena dgn suami sendiri nak buat duck face pulak:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbnrnya bengang dgn Lokman sbb dia masa mas cakap pura-pura tak tau. Padahal die tau.

      Padam
  3. Macam-macam cerita bila ada bersama.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.