Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Rabu, Julai 1

suami di perantauan (7) : terminal bersepadu selatan vol 2

hello semua, 

ini adalah sambungan daripada entri ni suami di perantauan (6) : terminal bersepadu selatan vol 1

selepas membuat kesimpulan tersebut. aku dan Lokman pun mara semakin hampir ke kaunter tiket. sambil memilih kaunter yang sesuai untuk beratur. untuk pertama kali, kami memang nampak seperti dungu. 

Lokman : nak beratur kat mana?

Aku : carila logo Mutiara ke Megah Jaya ke. situlah kaunter kita.

sekali lagi dengan perasaan "aku yakin aku bijak" tergambar melalui kata-kata.

Lokman : okey. 

aku dengan Lokman berjalan semakin jauh. ke hujung kaunter. kemudian, kami dapati macam ada tak kena dengan tekaan aku tu.

Lokman : tak perasan pun logo syarikat tu. kena tengok board kuning tu la yang. cuba tengok tu ada tulis Jeli. 

aku menjengketkan kaki. sebab aku 'tinggi'. Lokman pulak menolak sedikit ketiak aku dari belakang. supaya aku boleh nampak tulisan di papan kenyataan kuning yang diletakkan searas dengan ruang kosong kaunter. sebelah menyebelah antara ruang kosong dan dinding dipenuhi papan tanda warna kuning tersebut. papan kuning mencatat senarai destinasi yang dibawa oleh bas-bas ekspress; seluruh Malaysia. 

Aku : okey, kita beratur sini. 

beberapa minit kemudian, kami disapa oleh seorang pakcik. pegawai SPAD seperti yang dikhabarkan oleh Lokman. aku pun tak perasan yang itu adalah pegawai SPAD. 

pakcik SPAD : assalammualaikum dik.

aku dan Lokman tersentak. lalu Lokman menyambut tangan yang dihulur; salam perkenalan pakcik tersebut.

Lokman : walaikumsalam cik.

pakcik SPAD : adik nak balik mana?

Lokman : Jeli cik. nak beli tiket malam ni. ada lagi ke ye?

pakcik SPAD : mungkin ada kot. takpe adik beratur la dulu. meh sini, kaunter ni kurang orang.

pakcik tu menarik lengan Lokman ke kaunter sebelah di mana bilangan orang yang sedang berbaris adalah setengah ganda kurang dari kaunter sebelumnya. aku membontoti mereka. 

Lokman : oh, boleh ke sini cik? 

pakcik SPAD mengangguk kepala dan berlalu. aku dan Lokman berkerut dah muka, jujurnya kami tak hadam apa yang pakcik tu cakap. kebiasaannya apabila dalam situasi mengelirukan aku la yang banyak mulut. dah nama pun perempuan. Lokman kekal dengan egonya. 

Aku : betul ke ni bang? 

Lokman : betul la abang cakap tadi kena tengok board kuning tu. cuba carik Jeli yang. ada tak?

Aku : ye ke bang? (ragu dan tak percaya)

Lokman : ye sayang. cuba tengok tu.

kesekian kali aku jengket, kemudian berupaya melihat perkataan Jeli yang dicatat di bahagian paling bawah papan tanda. 

Aku : ada-ada. 

ujar aku lalu kembali berdiri normal di sebelah Lokman. tiba-tiba sedang enak menunggu giliran, bahu Lokman dipaut oleh pakcik SPAD tadi. kali ni serius terkejut. Lokman hampir menjerit. Aku pulak macam tergamam sambil terbeliak mata.

Lokman : ye cik?

pakcik SPAD : adik ada apa nak tanya ke, kalo tak faham.

Lokman : insya-Allah setakat ni takde cik... 

nafas terkejut kembali reda. 

pakcik SPAD : tapi tadi saya dengar korang bergaduh pasal tiket ni.betul ke faham? 

Lokman : takde la cik, kitorang cuma bercakap sesama sendiri. dah biasa macam ni. Insya-allah faham.

pakcik SPAD : habis tunjuk-tunjuk depan tu ape?

masa ni aku dah suspek pakcik memang dari tadi dengar perbualan kami. lalu aku ambil jalan selamat dengan berterus-terang. 

aku : takde cik. kitorang carik perkataan Jeli kat board kuning tu. tu yang tunjuk-tunjuk tu. sekali jumpa. tu yang dah faham tu. Huhu.

terang aku. sedaya upaya dengan nada yang paling baik. pakcik SPAD berkerut muka dan berkata bahawa apa yang aku dan Lokman fikirkan itu adalah salah sama sekali. 

pakcik SPAD kemudiannya menerangkan secara panjang dan lebar yang menyatakan bahawa setiap kaunter di terminal ini menjual semua tiket ke semua destinasi di Semenanjung Malaysia. berlainan dengan sistem di Hentian Pudu, terminal ini telah membuat satu sistem berpusat. tanpa perlu kita memilih syarikat-syarikat bas ekspress untuk membeli tiket secara manual. hanya beratur di mana-mana kaunter kosong dan beritahu destinasi pilihan untuk disemak oleh pengelola kaunter.

aku dan Lokman selepas dari penerangan tersebut melopong dan seterusnya mengangguk-angguk faham. dah panjang lebar terang, tentu la faham kan.

pakcik SPAD : ada lagi tak nak tanya dik?

aku menggeleng. Lokman juga.

pakcik SPAD : betul ke takde?

aku macam keliru dengan pakcik seorang ini. adui.

ape-ape pun, sambungan perbualan dengan pakcik SPAD akan bersambung selepas ini.

kbai. 



12 ulasan:

  1. hahaha..
    weh seram pulak pakcik tu. tapi dia niat baik je kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      pakcik tu suka buat orang terkejut.

      Padam
    2. PAK ILHANG DI MALAYSIA-SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
      KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL,MALAYSIA 3D 4D 5D 6D 7D 9D-DAN KAMI CUMA BEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA AKI DARMO NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI DARMO BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
      ANGKA NAIK YAITU,DI.770200
      SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,
      SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,AKI DARMO…
      DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL MALAYSIA TGL,22-08-2015
      ….
      SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,082-310-142-255—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
      TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…

      ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<

      DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
      Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI DARMO yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI DARMO yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D. 7D .9D-.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI DARMO…di nmr hpnya [082-310-142-255] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
      DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos
      angka ritual gaib kuda lari
      TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
      SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
      MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
      DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI DARMO…..
      Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>


      Padam
  2. nmpknya pkck tu memerhati tgkh laku org yg ada disitu..

    mnjlnkn tugas smbil mmbntu =)

    BalasPadam
  3. haha. Aku masa baca memang nak bagitau kau yang setiap kaunter kat TBS jual semua tiket ke semua destinasi tapi aku habiskan baca dulu baru komen. :D

    BalasPadam
  4. Hahaha.... kakak pun baru tahu melalui penerangan pakcik SPAD itu Mas
    Oh... senang kisahnya dah dicentralisedkan mudah. Itulah tak pernah beli tiket inilah jadinya

    Sambung lagi? Aduhai adik... adik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la die. Tak pernah beli kan, semuanya salah.

      Last vol. Esok sambung lagi.

      Huhu

      Padam
  5. eiii...sabo je la...bersambung pulak dah...

    BalasPadam
  6. Ahhaha.. Misteri je pakcik spad ni.. Kiki

    BalasPadam
  7. Amboi..pakcik tu siap curi dengar lagi orang bersembang..hahaha...Kita panggil dia pakcik yang prihatin je la..hahahahha

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.