Pengikut (Blogspot)

Isnin, 29 Jun 2015

update kerja (13) : carta minda

hello semua, selamat tengah hari...

isnin yang lemau selepas sangat teruja menggoreng kerepek pisang semalam. masih ada tiga empat checklist yang perlu disiapkan. kalau ada rezeki hujung minggu nak menggoreng lagi. 

hari ni pulak habiskan masa berfikir dan membuat carta minda. apa keperluan untuk satu tender yang tutup lepas hari raya.

carta minda ni berkesan sebagai salah satu ruang tandaan. bagi kita tak tertinggal mana-mana benda penting untuk dinyatakan dalam kertas kerja. 

ada orang cakap, lebih baik habiskan masa yang lebih dalam merangka sesuatu. nanti bila da lengkap rangkanya nak menulis apa pun jadi cepat dan laju. 

baik bermula awal kan. nanti akhir-akhir boleh semak semula.

tu je. kbai. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.