Pengikut (Blogspot)

Rabu, 24 Jun 2015

tin kosong (9) : si biri-biri

hello semua, selamat petang...

tadi, aku lepak di bilik admin. sambil isi pre-q tender. bilik admin ofis aku bercermin. cermin bentuk kunci di dua bahagian dinding dibahagi empat. simbolik mungkin bagi Ncik Bos Botak.

kemudian itu, dari cermin tersebut nampak jelas tingkat bawah. di sebelah bangunan pejabat aku ada satu lorong kecil. ia memisahkan bangunan pejabat dan bangunan tadika CIC. di bahagian timur laut pejabat-pejabat ini merupakan padang permainan kanak-kanak.

sambil mencuci mata di cermin tersebut; di kejauhan mata mengadap padang permainan. aku lihat biri-biri mendatangi arah pejabat aku. ada tali di lehernya. aku mula menjerit memanggil Kak Rusi; memanggil-manggil nama biri-biri. aku jadi teruja.

kambing biri-biri tersebut berhenti di hadapan tadika; persis ingin merempuh pintu berkaca di situ. hati aku bertambah happening. lalu memilih untuk turun ke kedai bawah. 

sambil membawa berita kambing biri-biri kepada Kak Hawa. kesekejapan itu nampak susuk tubuh lelaki sederhana tinggi gempal berambut kerinting. memakai kain sarung dan kemeja dia menggapai tali di leher si biri-biri.

biri-biri "membuat perangai" meronta-ronta ingin dilepaskan. akhirnya biri-biri rebah ke permukaan premix. biri-biri membuat degil tidak mahu bangun walaupun tuannya berkali-kali menyuruh dalam bahasa Mynmar. 

akhirnya leher biri-biri di rentap oleh tuannya. dengan rasa tidak berdaya biri-biri bangun; pasrah ditarik oleh tuannya.

aku terpaku memerhatikan keadaan tersebut. aku secara lahiriah manusia amat mengasihani biri-biri. biri-biri ditarik oleh tuannya sehingga ke jalan besar.

aku terus memerhati. kerana biri-biri tidak berputus asa meronta-ronta.

akhirnya aku dapat lihat, di satu permukaan yang rata. biri-biri yang diikat lehernya dan dipegang oleh tuannya; memacu laju berlari bersama-sama dengan tuannya.

terrernye biri-biri tu. lalu aku kembali ke pejabat meneruskan kerja.

kbai.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.