Pengikut (Blogspot)

Selasa, 30 Jun 2015

suami di perantauan (6) : terminal bersepadu selatan vol 1

hello semua, selamat tengah hari...

sesejak Lokman kerja jauh, dia selalu menggunakan perkhidmatan bas ekpress untuk pulang ke Kuala Lumpur. demi aku yang kadang-kadang emosi / merajuk terlebih. ada masa emosi aku ni memang tak boleh pakai. team kerja dia tak dibenarkan pulang, tapi aku gesa dia pulang pada hari cuti. 

macam dua bulan lepas, Lokman ditugaskan ke Pantai Timur. pertamanya di Kuala Berang, Terengganu kemudian naik ke Jeli, Kelantan. perkhidmatan bas ke Pantai Timur memang banyak. tiada masalah jika membeli di stokis seperti di Greenwood waktu hari-hari biasa. cuma masa tu, cuti sekolah. tiket bas setiap hari adalah full house, akhirnya kami memilih untuk pergi sendiri ke Terminal Bersepadu Selatan untuk membeli tiket pulang ke Jeli.

Terminal Bersepadu Selatan adalah antara terminal yang tercanggih dan lengkap di Malaysia ni. mana tak nya, ada satu tingkat kemudahan hanya untuk makan-minum bagi mereka yang perlu stay-up menunggu bas. kaunter tiket manual sehingga lapan belas kaunter disediakan. kaunter tiket automatik; bagi pengguna yang celik informasi. ruang lobi luas untuk operasi turun-naik pengguna yang tidak mahu menunggu. ruang letak kereta tingkat atas yang luas dan segala macam lain; kebanyakannya bersistem dan memudahkan pengguna. 

pada hari tu, Lokman memakai boot dan berseluar jean potongan lurus warna kelabu anjing. dipadankan dengan kemeja biru laut berkolar jenis jahitan knit. rambut paras bahu menggerbang. mudahnya menyandang beg berwarna hitam di belakangnya. tangan pula penuh memegang dua kotak "hand-drill" yang dibekalkan oleh bosnya untuk team di sana. 

aku pula, memakai skirt labuh ada ekor di kiri kanan berwarna hijau Petronas. aku padankan dengan blous warna biru gelap labuh menutupi bontot. kemudian aku pilih tudung jenis satin bercorak warna keemasan di kepala. cuma, aku memakai selipar jap jepun menggalas beg belakang berwarna biru di bahu. lebih memudahkan aku untuk urusan tak rasmi seperti itu. kihkih. 

kemudian berjalan beriringan menuruni lift ke tingkat satu. sambil memuji-muji kecanggihan sistem di terminal tersebut. sampai di ruang lobi utama itu, mata kami tercari-cari dan akhirnya tertumpu pada ruang kaunter tiket yang kesemuanya dipenuhi dengan semut manusia.

kami berjalan ke arah mereka, ingin menjadi sebahagian daripada gugusan semut tersebut. dalam perjalanan, perbualan berkenaan dengan pembelian tiket antara aku dan Lokman.

Lokman : sayang, kenapa tadi tak beli online. online kan senang?

Aku : online kena beli sekurang-kurang dua hari awal. booking...

Lokman : oooo...

Aku : jom la beratur. nak beratur mana ni?

Lokman : jap. tu apa?

Lokman mendepakan tangan menunjuk ke arah mesin automatik yang terletak di sisi kaunter tiket bawah eskalator.

Aku : ooo, yang tu macam kat air port tu. kalau dah beli online boleh terus print kat situ. canggih kan kan?

petah dan yakin aku berkata-kata. aku teka je sebenarnya. hahaha.

Lokman : kan kan... (Lokman mengajuk cakap aku) power lah sayang ni... tak sangka sayang pandai tahap ni. hahahahaha.

Lokman memuji aku sambil tergelak-gelak. aku pulak senyum simpul. dalam suasana hiruk-pikuk di ruang lobi tersebut, kami tak sedar pun yang kami ni diperhatikan.

hmm. nanti bersambung.

kbai. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.