Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Isnin, Jun 1

melayu tipikal (2) : ucapan salam pemula bicara

Hello semua, selamat malam...

Aku tak tau la orang lain praktik ke tak. Tapi bila sampai kat tol, aku akan bagi salam. Assalammualaikum pembuka segala bicara. Kadang-kadang pakat sembang dengan akak / abang tol tu. Huhu.

Semua ni Lokman yang biasakan aku. Yup, memberi salam jika nak masuk rumah, pejabat, angkat call dan letak call. Masuk kedai keluar kedai even kat tol kena bagi salam. Nak bertanya di kaunter. Mana-mana tempat, asal kita pemula bicara. Jika orang tu seorang Muslim / Muslimah. Wajib memberi salam. Bimbing Lokman kepada aku,

Hari ni aku happy, pasal ada gaji. Tambah happy lagi bila aku dapat bedek Adik Arab kat Tesco Rawang suruh diskaun blous yang RM39 dua helai aku amik bayar RM50 jer. Berkali-kali dia pesan kat aku jangan bagitahu kawan-kawan. Tu harga dengan aku je. Hahahaha. Tak terbagi tau dekat blog la pulak?

Happy kan bila dapat diskaun? Jadi bila menaiki tol LATAR dari Templer aku pun terus tambah nilai Touch N Go. Aku ni impulsive buyer, asal happy aku akan invest suka suki aku. Hahaha. Ok, masa proses semua bagi salam. Lepas bagi salam terus automatik senyum. Lepas senyum bagitau nak tambahnilai berapa dan sesaat dua saat kemudian, selesai.

Aku pun memecut pulang. Bila aku bawak kereta sorang-sorang aku selalu berfikir. Banyak benda fikir. Sampai kadang-kadang bercakap sendiri. Fikir pasal betapa hebatnya aku ayat baju dapat murah. Fikir pasal apa ayat lepas ni nak guna kalau nak diskaun dan bla bla bla.

Setelah 15 minit memecut melepasi Kundang dan tiba di Plaza Tol Kundang Barat, aku memilih untuk melalui akses automatik. Aku kan dah tambahnilai sebelum ni. Tindakan aku nampak wajar.

Apabila tiba di situ lalu membuka tingkap secara manual. Menghulurkan kad untuk diimbas oleh mesin tersebut. Mulut dengan lajunya mengucapkan salam pada mesin tersebut.

Aku tersentak selepas seberapa lama salam aku tak bersambut. Mesin tersebut kemudiannya menunjukkan baki akhir bagi kad aku bersama-sama dengan dua bunyi beep seiring dengan halaju tangan mengenai sistem pengimbas tersebut. Aku macam blur seberapa lama dan mula tersenyum sendiri,

Aku pandang sekeliling. Di hadapan tidak jauh dari mesin tersebut ada sebuah kerusi. Kerusi itu pula sedang digunakan oleh pegawai keselamatan bagi barisan plaza tol tersebut. Sekilas pandang tu, aku lihat tangan yang bersilang di dada tersebut dipilih sebelah dari tangannya membawa jari-jarinya ke mulut dan menutup mulut.

Aku suspek dia tengah gelak kan aku. Tapi aku tak boleh bersangka buruk.

Kbai,

18 ulasan:

  1. suka sangat pun boleh buat huru hara gak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kihkihkih.

      Susahnya kalo impulsive macam aku ni.

      Happy sangat pun tak boleh.

      Padam
  2. kejadian ni waktu siang kan? kalau malam, mungkin scanner touch n go tu yang jawab salam, lepas tu pak guard tu memandang tajam dengan bebola mata merah menyala seakan mahu tersembul keluar dari soketnya. hahahaa... tolonglah seram.

    aku kalau bagi salam kat awek tol, takut lepas tu termintak dia punya fesbuk dengan instagram pulak. sebab tu selalu buat muka keras je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kejadian ni waktu malam botak. Jam 0930 malam tadi lebih kurang. Hahaha. Aku risau gak kalo scanner jawab salam tadi. Kalo scanner jawab salam, aku tuduh staff latar nak prank aku je. Hahaha.

      Kalo dah jodoh dengan awek kije tol. Ape kiranya botak.

      😂

      Padam
    2. susah sebab depa ni handal bab kira duit. sambil tido pun boleh tau aku punya aliran keluar masuk tunai. tak boleh la nak kelepet!

      Padam
  3. Hihihii takper la, I tolong jawapkan untuk mesin tu.
    Eh kat sini greetings adalah amalan biasa.. cashier ker apa ker mmg akan greet "guten tag" to every customer, everytime.. even kedai runcit sebeah rumah ni pun. Orang2 kat jalan2 pun walau tak kenal still "guten tag" angguk2 senyum2. kat malaysia I tak buat lagu ni hahahaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu...

      Ape ke hal nye guten tag tu? Huhuhu. Ni nak pi gugel ni...

      Kat malaysia, jarang juga kita diajar greet people. Sampai praktikal pun kebanyakannya (tak semu) masih perlu diberitahu dan dilatih secara step by step untuk bercakap sopan dengan customer.

      Cara yang termudah ialah dedahkan dengan ucapan salam.

      Dulu saya macam botak la kak dora, kat tol memang hulur duit dan kayu gitu. Tapi Lokman ajar suruh "greet" people.

      Wallahualam.

      Padam
    2. Ini belum Jepun.. nak kena greet bow bow lagi. dah gugel belum? Guten tag = good day ;)

      Padam
    3. Hihihi. Belum gugel dah dpt jwpn.

      Betul la org ckp sbnrnya perempuan ni gugel.

      Thanks akak dora :)

      Guten tag... kbai.

      Padam
  4. Sebenarnya tak rugi memberi salam. Cuma terbagi salam kat mesin tu dah lain macam aje. Tak salahkan pak guard tu sambil menguap sambil senyum. Apa pun tak kisahlah Mas janji hati berbunga riang dpt beli blouse murah.

    Nampak small matter yg Lokman ajar utk greet org tapi impaknya besar kan.. tak rugi bagi salam, senyum lalu buat org happy. Lagi happy dpt discount yg tak diduga kan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha.

      Nak kgsi tips mcm mana boleh dpt murah kat kedai tu. Actually dua tiga hari lepas mas singgah kedai tu. Masa tu mas tak gaji lagi.

      Adik arab tu provoke la suruh beli. Mas terus terang la cakap mas takde gaji. Conform masntak beli. Die suruh try jugak. Letak kat badan.

      Then dah try, kena dengan saiz memang berkenan la. Lepas tu cakap tak boleh beli skrg.

      Dia betul cakap takpa. Lepas tu, mas mcm kesian kat dia. Mas cakap gaji nnt saya dtg.

      Tu yang dtg smlm tu. Tak pasal dapat gift la kire satu baju tu.

      Huhuhu. Syukur.

      Padam
  5. sebab terbiasa, pernah juga, nak masuk toilet pun terbagi salam. memang automatik. hahaha.. lepastu baru,
    eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu.

      Lepas ehh???

      Tersenyum sendiri kan?

      Padam
  6. Bagus sebenarnya jadikan amalan ni. Ros pun dok amalkan juga, tapi belum pernah lagi berlaku kat mesin touch n go tu. Hihihi.. Masih dalam kawalan lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu.

      Antara amalan yang boleh bawa ke syurga ni ros.

      Tak rugi kite amalkan...

      Padam
  7. ajar cket camne nak mengayat mintak diskaun lebih2.. hehehe.. kiter ni mmg lemah bab minta kurang rege..hukhuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah.

      yang penting nampak ikhlas nak membeli. bila ada niat nak membeli; bukan survey. insya allah ayat manis akan datang sendiri...

      heee...

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.