Pengikut (Blogspot)

Ahad, 7 Jun 2015

cerita korea (1) : happiness for sale (menjual kegembiraan)

Hello semua, selamat petang...

Sebuah cerita Korea yang hebat adalah sebuah cerita yang merundum air mata. Sob sob. Beberapa hari aku menyepi dalam blog selain ketandusan idea untuk menulis dalam Bahasa Melayu yang baik, tambahan dengan beberapa saringan siri cerita dalam kepala aku macam hilang ketika menzahirkan pada tulisan. Hurm, aku fikir kita perlu beri ruang pada otak untuk berehat.

Seminggu lepas, menerusi GarisMasa di Facebook ada satu pautan yang menarik minat aku untuk menontonnya. Pautan itu bertajuk Let's Compliment (Mari Memuji) diambil dalam satu petikan filem bertajuk Happiness For Sale. 



Sebabkan aku tidak berapa faham dengan punca keadaan dalam babak tu, aku membuat iniasatif untuk menonton filem itu secara penuh di (klik pautan Happiness for Sale).

Sebuah cerita Korea yang baik edisi filem selalunya memberi isi tersurat yang mendalam. Ia bukan hanya sekadar cinta Adam Hawa, Romeo Juliet, Hang Tuah Tun Teja. Ia lebih dan ia adalah berkaitan dengan kehidupan peribadi-peribadi penonton.

Cuma aku tersedar yang kemungkinan orang yang nampak bermasalah dari segi luaran adalah orang yang paling mulia secara peribadinya. Kita juga seolah-olah sudah lali menganggap kebaikan itu datangnya dari memberikan sesuatu kepada sesiapa hanya dalam bentuk fizikal (kehendak) sehingga kadang kala kita tak sedar bahawa kebaikan untuk manusia meliputi fizikal (kehendak) dan emosi (keperluan).

Adik perempuan yang memuji pada akhir video tersebut merupakan anak seorang tahanan penjara. Tidak berapa bagus dalam akademik, dipulau oleh rakan-rakan kerana latar belakang tersebut. Oleh kerana budak perempuan itu tidak naif ketika diejek dan dihina. Dia rela bertumbuk atas penghinaan yang berlaku kepadanya. Satu kelas anggap dia ganas seperti keluarganya.

Tapi sebenarnya, untuk memuji seseorang hanya perlukan satu sifat iaitu bersangka baik kepadanya.

Tu je perkongsian yang begitu emosi hari ni. Sob sob. Puncanya layan satu cerita sedih lain. Sob sob. Lokman jauhhhh... Sob sob. Tibe-tibe?

Kbai.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.