Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, Mei 15

update kerja (9) : caruman pekerja vol 1

Hello semua, selamat malam...

Seusai meletakkan panggilan daripada pegawai dari KWSP minggu lepas, hati aku macam tak tenang. Masa aku sibuk dengan pendaftaran G1 untuk Lokman Construction beberapa bulan lepas, aku diminta untuk berdaftar dengan KWSP bagi mencarum pekerja. Salah satu checklist penting bagi diiktiraf sebagai kontraktor kelas F or G1. Tapi disebabkan ekonomi peribadi tidak stabil, tiada siapa yang boleh membantu (jika boleh pun aku dan Lokman decide supaya berehat). Dengan jawapan mengecewakan dari CIDB; aku tak proceed prosedur mencarum pekerja ni.

Hurm, panggilan telefon tu memohon aku untuk ke pejabat bagi mencarumkan mana-mana pekerja; dalam tempoh masa tertentu jika satu syarikat gagal mencarum pekerja seterusnya akaun akan ditutup. Berkemungkinan sukar untuk diperbaharui semula. Gila tak cuak. Panjang lagi perjalanan aku untuk mendapatkan ape yang aku dan Lokman fikir selama ni.

Keesokannya, aku ambil cuti separuh hari, aku memilih untuk tiba awal di sana. Walau aku janjikan untuk berjumpa jam 1000 pagi, pukul 0830 pagi sudah memacu kenderaan secara perlahan-lahan ke sana. Lokman dah bagi aku point view untuk jelaskan perkara yang sebenar. Aku tolong sampaikan aje. Jadi, dalam hati hanya ada satu fahaman; tanpa sebuah keberanian mimpi tidak bermakna. Kahkah. Macam filem Soal Hati tiba-tiba.

Jam 0930 pagi, aku sampai di tempat yang dijanjikan. Aku pilih nombor pada mesin digital giliran mengikut kehendak dan keperluan perkhidmatan yang berkaitan dengan aku. Oleh kerana antara manusia yang terawal mendapatkan perkhidmatan pada hari tersebut, nombor aku terngiang serentak dipapar di papan digital depan kaunter. Belum sempat duduk pun. 

Di kaunter, aku terangkan tujuan dengan ringkas dan menyebut nama pegawai yang menghubungi aku. Aku diarahkan untuk ke kaunter dalam pejabat untuk menyelesaikan urusan aku.

Memasuki satu lorong kecil di sebelah kaunter tadi, aku kemudiannya tiba pada satu lagi kaunter. Di kaunter tersebut ada beberapa orang majikan yang telah menyerahkan cek caruman pekerja pada kaunter. Prosedur mereka nampak mudah.

Pegawai di kaunter, menggamit aku bila aku sampai di situ. Lalu bertanya,

Pegawai A : Ye puan, boleh saya bantu?

Aku : Haa, saya Lokman ....

Belum sempat aku habiskan ayat aku, dia dah menyampuk.

Pegawai A : Puan ni Lokman?

Aku : Bukan, saya Mastura dari Lokman Construction. Lokman tu suami saya. Saya nak carumkan KWSP. Nak jumpa dengan Ncik Z****an?

Pegawai A bangun dari tempat duduk di kaunter tersebut sambil mengangkat kening kepada aku dan dahi berkerut. Aku pelik kenapa die pandang aku macam tu? Aku biar je dia dengan persepsi dia pada aku, aku datang nak carumkan pekerja. Bukan nak tengok muka pelik dia. Pegawai A menjenguk seterusnya memanggil pegawai berkenaan di bilik belakang kaunter tersebut.

Seorang lelaki berbaju melayu warna merun, tidak tinggi dan bermuka seperti bayi keluar dari bilik tersebut. Sangkaan aku sewaktu perbualan telefon meleset. Sewaktu membuat panggilan beberapa kali bersama. Aku membayangkan suara garau milik dia setimpal dengan six pack di badannya. Hihi. Rupanya tak.

Ok. Nanti bersambung.

Kbai.

6 ulasan:

  1. nak buat mmg susah dan leceh.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah susah senang nak jadi majikan...

      Ikhlas kerana Allah

      Padam
  2. Langkah awal aje agak cerewet Mas. Bila dah setel langkah pertama semua jadi mudah
    Pegawai suara besar itu yg dlm talian membayangkan lain bila bersua comel aje Mas jadi lebih confident nak bersuara:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bile tgk appearance yg tk brp garang, ada sedikit yakin la nk bercakap

      Padam
  3. bab carum mencarum ni lama dah tinggai.. hehehe selamat maju jaya lah yer saya ucapkan :d tapi baca cerita ni saspen macam cerpen. hehehehe

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.