Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Isnin, Mei 25

update keje (10) : tin kosong (6) : ketua kepada checker awesome

hello semua, selamat petang...

setelah beberapa siri, aku tidak berjaya mendapatkan laporan daripada seorang checker. akhirnya ketua kepada checker tersebut turun padang. 

tak pasal-pasal aku terpaksa mengadap seorang ketua untuk persembahkan laporan aku. kan lebih senang jika bekerja sesama jawatan atau satu pangkat lebih tinggi compare dengan bekerja dengan mereka yang mendokong industri selama 20 tahun. memang lah aku rasa tak selesa.

disebabkan benda tu urgent; pakcik engineer set aku jumpa dia lepas maghrib kat kedai mamak. aku pun sebab Lokman long distance; ia memberi kelonggaran kepada aku untuk bekerja dan berjumpa client hingga malam. moreover, mamak yang dipilih adalah mamak yang aku hari-hari pergi. semua orang kenal aku kot.

sampai je mamak lepas maghrib, aku order Indo-mee Goreng add on telur mata. pakcik engineer masa tu dah order masa aku sampai. bile makanan sampai, pakcik engineer makan megi ayam sup. lepas tu dia tanya; 

Pakcik : memang engineer suka makan meggi ke?

Aku : agaknya kot.

masing-masing mengekek gelak. this time, aku rasa okey la. aku boleh get along berbincang dengan dia. mungkin aku boleh bebas bersuara dan mengajukan pendapat masa ni.

untuk makluman, aku ni duduk kat firm c&s consultant yang tiada senior. senior tu Ncik Bos Botak la. semua guideline memang aku belajar sendiri termasuk memahirkan diri dengan software. Ncik Bos Botak ni akan bagi aku cara untuk menyiapkan kerja atau melangsaikan kerja dengan smart. jarang Ncik Bos Botak suruh aku belajar jadi pandai / hebat teknikal.

masa pakcik engineer tengok laporan aku, dia dah mengekek dan complaint yang rumus aku salah. itu salah ini salah. semua salah. walhal semak laporan aku perkataan kepada perkataan; semua istilah dan perkataan aku dikatakan salah. adoi, pening kepala. hahaha. aku hadap je la, nak approval punya pasal.

melayan pakcik engineer membuat analogi kejuruteraan tu bagus jugak. satu ilmu baru untuk aku. tapi jenuh la kalau macam ni ketua aku; memang surrender aku nak keje. hahaha.

melepasi jam 1000 malam baru pakcik engineer habis menelaah report aku helaian demi helaian. lepas tu mengaduh sakit kepala baca laporan aku. aku pulak pegi mulut laser cakap;

Aku : tu la encik. takya stress sangat tengok report. take it easy...

Pakcik : la, dah ko buat banyak salah. lain kali nak belajar design kena ada cikgu. bukan belajar sendiri. kalau tak reti tak payah nak pandai-pandai buat.

aku panas hati. tapi aku tenang je. entahlah. untuk kerja atau rezeki, aku diajar untuk belajar sesuatu perkara walau kita tak tahu. bukannya buat benda yang kita tahu sahaja. sampai bila pun tak maju jika masih dengan takuk yang kita tahu sahaja. pendapat aku la.

sepanjang aku kerja hampir lima tahun dengan Ncik Bos Botak, dia banyak mengajar aku berkenaan dengan etika, undang-undang, peraturan dan adab iaitu kita perlu menjadi hebat baik untuk menjadi engineer yang hebat.

wallahualam. kbai.




4 ulasan:

  1. Kiranya bila dah masuk C& S consultant company Mas banyak dpt belajar. Tapi Ir yg Mas ambil ni utk C&S atau M&E? Kalau C&S mesti dpt banyak membantu. Comment pakcik engineer tu just take it as 'compliment' bukan complaint as to improve Mas punya report. Paling-paling pun buat amend aje. Cuma kalau nak amend drawing beratlah sikit.. sabaaaarr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambil C&S. bukan M&E. saya belajar dulu pun memang C&S.

      saya okey je la dia comment. tapi kalau kena comment hari-hari macam ni memang masak lah saya... huhu

      * memang ada drawing yang kena amend lepas jumpa dia kak. hahaha!

      Padam
  2. Terima kasih. Saya memang tahu saya IR yang hebat... muahahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeay...

      clap clap untuk diri sendiri...

      hehe.

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.