Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, Mei 29

tin kosong (8) : rehat itu keperluan seorang manusia biasa

Hello semua, selamat tengah hari...

Hari Selasa yang lepas, petang hampir ke Maghrib macam tu. Aku menemani Lokman menyudahkan sisa-sisa akhir kerja pendawaian elektrikal di salah sebuah rumah belakang pejabat aku ni je. Kerja ni diberi oleh Adik Semut (Semut mencuci Ikan) dan kawan dia tu.

Disebabkan Semut incharge projek lain hari tu, Lokman diberi seorang pembantu. Budak lagi la. Lepas SPM nak mula tolong-tolong keje kontrak. Secara amnya, budak baru nak belajar mendalami dunia pekerjaan. Kerja dah penat, jadi taknak bagi lemah semangat Lokman ajak bersembang. Entah ape butir pada awalnya aku tak berapa nak dengar.

Kemudian tu, suara Lokman macam sedikit kuat sehingga tertancap pada sistem pendengaran aku, ayat lebih kurang macam ni :

Lokman : ko jadi lah tukang. belajar buat letrik ke econ macam Semut. semua belajar. bidang ni besar cabang dia ko tau...

Adik tu nampak macam blur, nerd dan takde respond. Tapi dalam masa yang sama tetap bergerak tangan mengalihkan tangga untuk ke lampu yang seterusnya. Seusai Lokman memanjat tangga tersebut, sambil memegang connector dan wayar kabel Lokman terus bersembang :

Lokman : ko pk eh dik. misalnya ko belajar letrik ni kan (sambil memegang pemutar skru dan dan menunjuk jari ke arah connector) bila lampu rumah ko terbakar; ko sendiri ganti. tak payah nak panggil orang dah. ko reti buat.

Amboi. Beria bagi semangat kat budak-budak. Baguslah usaha murni tu, walaupun akademik tidak bagus setiap manusia boleh berjaya mengikut kesesuaian kerjaya yang mereka pilih. Insya-Allah.

Aku yang bosan menunggu terus sampai kepada mereka sambil bercekak pinggang. Saje nak mengusik Lokman.

Aku : ye ke, kalau tukang nak repair rumah dia sendiri? abang tak repair pun. kite mintak tolong semuanya nanti je. ko jangan percaya la dik, kalau ko nanti buat letrik ko nak repair rumah ko.

Aku provoke adik tu. Nampak macam adik tu sengih. Lokman pun.

Lokman : sayang pecah lubang buat ape. adoooi.

Aku : kite cakap benda betul kan abang...?

Lokman : memang la betul. orang balik rumah nak tido, bukan nak bertukang. keje keje la, tido tido la. gonjol.

Lokman merungut dengan riang sambil menunjal-nunjal manja kepala aku. Aku mula merenung tajam ke arah Lokman. Sebagai seorang suami yang mithali, Lokman tau angin aku dah naik seperti lembu yang mengejar selendang merah. Lokman turun dua tapak dari tangga. Tangannya memaut bahu aku dan merapatkan kepada bahunya, dan cuba memadamkan api kemarahan aku dengan ayat :

Lokman : rilek sayang rilek. takpe kan tunjal kepala. zakat sayang, abang yang bayar. hahahaha.

Aku : shit.

Melepaskan pautan itu dan berlalu pergi dari perbualan tersebut. Kemas barang masuk kereta lagi baik dari layan orang gila.

Kesimpulannya, walaupun ape kerjaya kita. Ia tidak sesuai digunakan, diambilpakai secara berlebih-lebihan di rumah. Rumah kan tempat berehat. 

Sampai sini je.

Kbai.

3 ulasan:

  1. Eheheh.. biasala.. cnth tukang msk..
    kat umh bni juga msk.. nk tlg jrg benor. Huhu.. contohhhh..

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.