Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Selasa, Mei 26

tin kosong (7) : awak beri monyet, awak dapat keldai

Hello semua, selamat pagi...

Semalam kan, Ncik Bos Botak ajak aku dengan Endrew pegi melawat satu kilang di Shah Alam. Kilang yang memerlukan laporan perunding berkenaan dengan keruntuhan / kejatuhan tanah di kilang mereka. Oleh kerana, jurutera penyelenggaraan di kilang tersebut masih belum ready untuk lawatan jadi Ncik Bos Botak suruh kamik orang stand by. Ada nampak macam Sarawak tak? Hihi.

Aku semalam datang awai, pasai Lokman nak gerak gi Terengganu. Awai punya awai last skali dapat tiket jam 1030 malam. Hampeh betul.

Okey, sambung balik cerita kita berkenaan dengan lawatan tapak ke kilang yang mendap itu. Aku jumpa Ncik Bos Botak di kedai hardware di bawah pejabat aku. Ncik Bos Botak beri maklumat bahawa lawatan tersebut ditangguhkan kepada satu masa yang akan diberitahu oleh jurutera tersebut. Okey, bagi satu-satu lawatan tapak ada beberapa barangan seperti kamera, buku nota, pen dan pita pengukur ibarat barangan wajib dibawa semasa lawatan tapak. Sampai tahap aku ni, tak perlu nak diperjelaskan lagi la perkara yang simple macam ni kan?

Aku : Bos, ada barang nak stand by ke pegi visit?

Ncik Bos Botak : kamera...

Aku : oooh, lagi?

Ncik Bos Botak : hmmm lagi? measuring tape. ko ada?

Aku : takpe bos, kalau takde saya cari...

Lalu Ncik Bos Botak meninggalkan aku terpinga-pinga dan masuk ke pejabat dia, ramai client menunggu.

Lepas dari tu, aku minum pagi dengan Lokman. aku cerita pasal benda alah ni. Lokman dok terkekek gelakkan aku. Hahaha. Lokman cakap macam ni dengan aku;

Lokman : alaa, sayang ni tanya macam tu sama macam yang bos selalu cakap tu.

Lokman pun panggil bos aku sebagai bos. disebabkan Lokman tak berapa mahir / faham bahasa Inggeris susah dia nak recall perkataan tu. akhirnya selepas seberapa lama selepas tu Lokman, ayat peribahasa Inggeris yang memberi makna yang mendalam. 

Lokman : ala sayang, donkey monkey donkey...

Sambil mengekek sendiri.

Aku : ooooh. you give monkey, you get donkey?

Aku pun tersenyum sambil memikirkan maksud mendalam ayat favorite Ncik Bos Botak. Setiap kali ada masalah di tapak or dalam kerja yang disebabkan kamik orang buat tindakan yang salah; lebih tepat tidak serius dalam bekerja, Ncik Bos Botak akan keluarkan ayat ni.

Awak beri monyet, awak dapat keldai. Monyet kan suka bermain-main / membuat trick manakala Keldai adalah seekor dungu.

Haha. Cukuplah terang sampai di sini.

Kbai.

3 ulasan:

  1. Dah dua-dua pun binatang yg suka main dan dungu sama ajelah..
    Tapi kita manusa taklah - sekadar perumpamaan aje pun .. sikit panas telinga kalau di kata donkey kan...

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.