Pengikut (Blogspot)

Selasa, 5 Mei 2015

tin kosong (4) : update kerja (6) : selain kebijaksanaan, semangat juga penting

hello semua, selamat petang...

menjadi seorang negatif ni bukan senang. menjadi seorang negatif maknanya berjaya untuk mendiamkan diri keseorangan. berjaya menjadi mulut jahat dengan rasa senang hati.

lately, aku banyak habiskan masa sorang-sorang. aku cuma fikir; biarlah orang fikir aku bermasalah. aku cuma tak boleh buang lagi rasa hati yang murung.

aku mencari "pemetik api" untuk bangkit kembali.

Lokman ni macam sabut; jika ada sumber api maka dia akan terbakar lama perlahan-lahan. aku pulak selalu akan jadi api. masa dulu-dulu la. aku selalu akan beri satu energi atau tenaga api kepada satu-satu perkara yang aku buat.

sesejak aku gugur, aku jadi murung. ini negatif. sikit sebanyak api dalam diri padam.

aku mula mendengar beberapa perkara positif yang disampaikan oleh Dr. Azizan bin Osman. ia berjaya menggerakkan aku. macam magnet.

semoga magnet ini adalah magnet pada kutub bumi. yang kekal sehingga enam puluh billion tahun lamanya.

wallahualam. kbai. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.