Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, Mei 10

suami di perantauan (4) : hidup nomad (3) : makanan instant

hello semua, selamat petang....

selamat hujung minggu. mesti ambil peluang bercuti dengan keluarga kan? Lokman dah seminggu lebih-lebih kat Sg. Tong, Terengganu.

aku dah bertapa kat ofis. almost dua minggu. pengurusan ada jugak complaint suruh aku tido kat hostel instead tido kat ofis. aku malas ambil pusing; aku actually tak berapa nak tido pun malam. kebanyakan masa aku habiskan dengan study untuk paper i.r, buat drawing, buat bq, bla bla bla. semuanya berkenaan dengan kerja. 

kayanya tak. haha!

ok, lupakan hal kesedihan pasal kerja tu. selalunya bila aku sibuk bertapa. aku malas gile nak keluar makan. sangat-sangat malas. jadi aku prefer makanan instant. macam yang aku share kat bawah ni. 


Nescafe 3 in 1 ; 25 - 30 stick per month
Nescafe 3 in 1; antara jenama Nestle yang diboikot kerana Israel. bagi aku pulak, ni jelah jenama yang buat aku segar dan hilang mengantok. kalau aku try jenama lain. semuanya ke laut. sekarang ni kalau beli kat Speedmart akan dapat free plastik kecik satu. macam dalam gambar tu, yang plastik kuning aku purchase; yang merah tu free. biasalah perempuan. berbunga dapat benda free; even sebungkus nescafe. hehe. 


Maggi Kari Masak Ala Curahan Termos
Maggi Kari; aku rasa aku makan maggi dah lama dah. dah macam favorite aku. Lokman suka maggi goreng. aku plak lebih prefer masak ala sup. tahap kegemaran Lokman pasal maggi goreng sampai die boleh detect; aku goreng api besar sangat dan telur ada melekat kat kuali. punyalah particular. aku goreng bukan hangit pun lagi. entah ape-ape kan?


Biskut Bujang ; Hup Seng cap Ping Pong
Biskut Hup Seng cap Ping pong; mungkin sebab usia dah semakin muda. semakin dekat pula kepada selera kekampungan biskut bujang cicah air. satu pack kosong, satu pack ada gula. bekas je coklat, jangan tertipu pulak dalam tu biskut. hahaha!

okla. nak tulis penutup ni; 

1. semua menu boleh makan depan pc. sambil berfikir or layan tv online. 

2. instant food tak baik untuk kesihatan. baiklah carik yang natural ok. 

tu je nak kongsi. kbai. 


4 ulasan:

  1. sekali sekala boleh la layan instant food.... cepat dan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah...

      lagi2 kalo ade anak, lg la tak boleh nak biasakan.

      Padam
  2. selalu juga layan instant food kalau setakat duk sorang, paling famous biskut hup seng dan megi, dari zaman asrama sampai zaman anak dara...hahaha

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.