Pengikut (Blogspot)

Selasa, 26 Mei 2015

dobi papa, dobi layan diri vol 2

hello semua, selamat pagi...

sekarang musim hujan. lately cuaca Malaysia or maybe lebih tepat kita perlu akui cuaca dunia tidak menentu. mengikut ramalan kaji cuaca, musim kemarau akan tiba. aku pasti cuaca akan lebih panas di bulan Ramadhan; di saat Allah SWT menguji dan menduga para hambaNya.

gila kentang pulak pendahuluan aku hari ni. huahua. boleh la nak tau lokasi Dobi Papa kat mana (dobi papa, dobi layan diri vol 1)

petang semalam, lepas kerja aku singgah dobi sebabnya weekand kena teman Lokman buat wiring dan hari ni Lokman ke Terengganu semula. langkah tercepat untuk cucian siap kering dalam masa satu jam setengah adalah melalui dobi jenis layan diri macam ni.

Dobi Papa adalah terletak diapit dengan dua buah bengkel kereta. kadangkala bila ruangan hadapan bengkel-bengkel tersebut dipenuhi dengan kereta dari pelanggan, ruangan hadapan dobi turut digunakan oleh mereka; sebagai ruang kerja untuk kerja ringkas seperti "jumping" kereta dll.

sedang aku sibuk mengalihkan pakaian dari mesin mencuci kepada mesin kering, seorang pakcik berkopiah yang sedang menunggu keretanya dibaiki menjenguk ke dalam. ingin tahu atau ingin bersembang, telahan awal dalam hati aku. malas mahu menunggu lama aku pun menegur:

aku : ye cik?

pakcik : ooo terus kering ye dik?

aku : aaa, yang ni  mesin pengering. kalo acik belum basuh kain kena basuh dulu dengan mesin tu (tunjuk arah pada mesin basuh tersedia)

pakcik : macam mana?

aku : kalau pakcik dah basuh kain, tak kering ke boleh la datang sini keringkan.

ulas aku. macam aku lah owner dobi ni. huahuahuahua. penat servis mulut takde komisen macam ni. anggap je la khidmat masyarakat.

Dobi Papa menyediakan empat buah mesin pengering; dengan anggaran satu mesin boleh  memuatkan sebuah "comforter" bersaiz "queen" bagi keringan yang sempurna. terdapat "sticker" yang ditampal menyatakan prosedur menggunakan mesin pengering. tak lupa juga harga sekali pusingan kering selama 27 minit berharga ringgit malaysia empat. masa keringan tambahan juga boleh ditambah dalam sela masa tiga minit dengan menggunakan syiling lima puluh sen yang baru.

paparan harga yang disediakan oleh pihak pengurusan dobi adalah seperti (simbol syiling 50 sen x 8biji =RM4.00).

bagi aku, budak muda yang sentiasa terdedah dengan penggunaan angka aku tak ambil pusing banyak benda. untuk perkara remeh macam ni, aku hanya perlu tahu yang mesin pengering memerlukan nilaian syiling berjumlah empat perlu disediakan. aku tak sangka pula, ada juga orang berfikir macam ni...

pakcik : harga berapa ni nak, acik tak faham...

aku pun tunjuk pada tanda tersebut dan menerangkan apa segala seperti perenggan di atas. selepas habis panjang lebar bercakap pasal duit tu, pakcik menyampuk seperti macam ni :

pakcik : takde, pakcik tak faham kenapa syiling guna "biji" bukan syiling sepatutnya "keping" ke?

aku : ooooh?

pakcik : "biji" ni orang guna untuk buah-buahan. kalau "buah" untuk kereta. itu baru betul.

aku terdiam tidak terkata. dalam hati rasa kesal buat penerangan; tak pasal kena belajar balik penjodoh bilangan.

haha. haru.

kbai.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.