Pengikut (Blogspot)

Rabu, 20 Mei 2015

aktiviti hujung minggu (1) : spa ringkas di rumah

Hello semua, selamat petang...

Spa ringkas di rumah

Jarang dah sekarang aku beli barang-barang kecantikan or spa di rumah di semenjak aku gugur hari tu. Punca memang aku pakai barangan lebih ke"jawa"an macam air serai wangi, pilis, paniaram dan ape ntah lagi satu aku lupa. Moreover, bahan macam tu lebih natural dan lebih mulus je kulit dan rambut. Badan pun akan sentiasa wangi. Pernah jugak Lokman request suruh pakai lagi; tapi dah habis tempoh berpantang macam pelik la pulak kalau nak request benda-benda alah tu. Huhu. 

Bila aku dah rasa lengas badan, muka dan rambut. Aku mula rasa aku perlukan treatment, aku perlu manjakan diri sendiri. Yelah, badan sendiri kalau dah dua tiga minggu tak tido (tido lambat, tido suka hati, tido bawah meja opis, terlelap kat kerusi, terlentok kat meja sambil air liur basi kat kertas dan seumpamanya); aku perlu cari alternatif termurah untuk manjakan diri sendiri. 

Sabtu lepas habis buat overtime, aku ambil masa sekejap berkeliling dalam Watson di Selayang Mall dan carik beberapa barangan kecantikan yang boleh dijadikan modal untuk memanjakan diri. 

Barang pertama yang aku grab setelah satu jam berpusing mengeliling Watson ialah Body Scrub bauan Argan Oil yang dikeluarkan oleh Watson sendiri. Lately kan, skrub badan dari Watson ni dah jadi kegilaan aku termasuk yang ni. Dengan harga tujuh belas menggunakan ringgit malaysia dan sedikit effort menyental di tangan dan kaki rasa lepas tu ringan dan sedap je. Tekstur yang suam-suam kasar serta berbuih ketika dibilas dah cukup syurga dah rasa. 

Selepas memilih barangan untuk badan, aku memilih masker untuk muka. Aku tak guna masker dalam gambar tu, aku baru jumpa masker yang tu tadi. Hahaha. Setelah dua bulan tidak menggunakan apa-apa masker, aku memilih untuk membeli masker arang daripada Activa. Rasanya ramai orang tau masker ni. The best thing pasal masker arang, bile kite kopek arang yang dah kering di muka tu dengan bapa segala bintik hitam ikut bersama. Huhuhu. Tu yang rasa puas bila tepek kat muka. Masker Activa ni berharga dua belas ringgit dengan menggunakan ringgit malaysia. (masker arang dan masker blueberry)

Bila bab rambut ni, aku agak berkira dan agak keliru nak memilih yang mana. Masa kat rumah, aku fikir-fikir nak beli conditioner. Aku dah ada shampoo dan nak tambah conditioner. Tapi bile fikir balik, zaman dedulu aku beli conditioner rambut mesti makan tahun jugak nak habis. Bila usha-usha di ruangan jenama milik Pentene akhirnya aku berjumpa dengan minyak rambut dengan saiz travel; dengan harga tiga ringgit dan lima puluh sen. sesuai la buat-buat main kat rambut.

Jadi, last week memang weekand ada rasa sedikit kesegaran dan sedikit kegembiraan. Lagipun paper untuk submit sebagai Insenior dah siap satu buku; another one to go. Ni je lah aku mampu bagi hadiah untuk diri sendiri. 

tu je nak kongsi.

kbai. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.