Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Ahad, April 19

tin kosong (2) : sahabat yang pentingkan diri

hello semua, selamat tengah hari...

jiwa dengan emosi aku tak begitu stabil hari ni. tiba-tiba menangis; in other hand bila Nuning lompat-lompat aku ketawa. huhuhu, for this time being; Nuning adalah rakan sejati aku.

sahabat ni datang macam-macam cara. 

aku pernah jumpa seorang sahabat yang aku tak pernah tahu latar belakang dia. aku cuma berborak dengan dia; dia adalah seorang cashier di Speedmart dulu.

aku ni minah Speedmart jugak la, memang aku akan pegi Speedmart almost setiap hari. air kotak kat Speedmart murah compare dengan other franchise yang ada area ni.

akak ni ramah, akak ni seorang guru Bahasa Inggeris di salah satu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina somewhere area-area ni la. jadi cashier Speedmart secara part-time. 

malam je or lepas sekolah kalau datang Speedmart tu. memang aku bersembang dengan dia. macam-macam hal kadang-kadang.

aku suka berkongsi perasaan aku (yang lebih banyak sedih dan kecewa) kepada orang-orang yang tidak mengenali aku secara khusus. mereka berpendapat telus. aku jarakkan sedikit hubungan dengan tidak menceritakan siapa or latar belakang aku. just in case, ade pendapat yang aku perlu. aku bertanya. selfish jugak sahabat macam aku kan?

berbalik pada cerita Akak Cikgu Speedmart tadi. dia selalu tanya aku kerja apa. melihat kepada keserabaian aku berpakaian aku selalu mengaku aku keje kerani dengan orang ramai. secara similaritinya aku tak menipu; aku jugak kadang-kadang jadi kerani tapak ape? 

kihkih.

beberapa minggu yang lepas, aku jumpa Akak Cikgu Speedmart kat Selayang Mall. masa tu Lokman travel ke Gopeng.

dah jumpa depan Popular, sembang punya sembang. cerita kejadian aku gugur segala. die secara fitrah seorang manusia amat bersimpati dengan aku. 

dia nasihatkan aku move on. benda yang lepas memang tak boleh buat apa. bagus cara dia nasihat; menampakkan ketokohan cikgu yang baik. 

disebabkan dia ingat aku kerani. dia offer aku kerja jadi kerani sekolah. sebab kerani sekolah dia baru berhenti. 

aku senyum dan mengiyakan aje. takkan aku nak mengaku aku ni kerja engineer time tu. aku ada jugak bagi hint yang aku buat drawing and bla bla bla. tapi, aku rasa effort tu tk cukup. kot?

tak disangka, dua tiga hari lepas kejadian Selayang Mall tu, dia singgah pejabat aku. aku pulak pi meeting hala mana. dia ada mesej. cakap dia kat Teamcoat dan aku masa meeting tu tak reply.

tapi selepas aku reply mesej dia. die senyap.

aku menduga; dia singgah ofis aku.

dan dia dah tau aku kerja apa.

wallahualam.

kbai. 


 

8 ulasan:

  1. aku rasa dia frust la...

    *eh, kat speedmart sekarang ada jual hotwheels.

    BalasPadam
  2. Mgkn dia terasa.. xpe. Jumpala balik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maybe die terasa.

      nak jumpa balik?

      biar takdir je yang buat aku jumpa dia.

      kalo aku nak carik, maybe aku belum bersedia.

      huhu.

      Padam
  3. Cikgu terasa dia bersungguh bercerita dan menasihat tak sangka org yg dinasihat sebenarnya berintergriti bukan tin kosong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerja je berintergriti, tapi kehidupan personal ke laut kakzakie.

      hehe.

      jujur mas rasa bersalah menipu dalam tak sedar.

      Padam
  4. kah kahkah! drama sangat, kalau aku menyumpah jugak dlm diam

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo aku jadi akak tu pun aku menyumpah.

      takkan aku nak menyumpah diri aku?

      eh?

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.