Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 24 April 2015

suami di perantauan (3) : hidup nomad (2) : perihal kereta (1) : kejadian di Petronas

hello semua, selamat tengah hari...

masa Lokman sentiasa di sisi aku, aku tak pernah peduli hal kereta. bila dah makin berusia kereta tu; memang banyaklah sakit. terutamanya kat tayar dan kat bateri. 

memula bila Lokman fully hand over kereta kat aku; dan-dan tak boleh start. menduga keimanan seorang isteri betul. syak wasangka yang macam-macam aku kat Lokman. aku terus call. marah kot kereta tak boleh start kat Petronas. 

nasib baik la kereta mati enjin kat Petronas dan bertambah nasib baik lagi Petronas tu aku biasa pegi. pekerja sana pun friendly memang rajin bersembang dengan aku.

bila enjin tak boleh start, ofkos kena telefon suami. Lokman angkat je, tak bagi salam terus aku nak cetuskan peperangan. 

Aku : abang ni, kereta bateri kong tak nak tukar. asal kite bawak je tak boleh start.

Lokman : sayang kat mana ni?

Aku : Petronas Latar la. baru nak g keje.

Lokman : mana ada kong la bateri, wayar tak sambung tu.

jawab Lokman dengan tenang. dia tak risau kat aku pun agaknya. aku fikir dalam hati.

Aku : ye, ye je abang. habis nak buat macam mana? nak ganti bateri macam mana pulak nanti.

Lokman : tak payah tukar bateri la. sayang bukak bonet depan, goncang-goncang wayar kat bateri tu. lepas tu cuba hidupkan bateri.

Aku : abang ni, dah la kite sorang-sorang. kalau tak boleh start jugak macam mana?

Lokman : boleh sayang, tak cuba mana sayang nak tau boleh ke tak?

aku matikan telefon. sebenarnya aku rasa nak nangis. hahahaha. sebabnya aku tak reti nak umpil bonet depan tu macam mana.

aku mundar-mandir kat Petronas tu. aku rasa semua pekerja Petronas tu perhatikan aku; tapi buat diam sebab aku tak ambil ape-ape tindakan lagi.

adik yang selalu sembang dengan Lokman tu, melintas tepi aku. ingin menolong aku. mungkin aku dalam hati sendiri. aku memanggil adik tu.

Adik Petronas : kenapa kak?

Aku : kereta akak tak boleh start. bateri kot.

Adik : abang mana?

Aku : keje Gopeng. (stressnya soalan ni)

Adik : takpe, kat sini kalo bateri kancil pun kite ada jual.

nada pertolongan Adik Petronas dengan sedikit elemen perniagaan kat situ. mengenangkan bukan awal bulan, aku meneguk air liur. adoi

Aku : takpe dik, kite cuba dulu. boleh tolong akak bukak bonet depan tak?

Adik Petronas mampir ke bonet depan kereta. sesaat kemudian, penutup bonet telah diangkat dan ditahan pada sudut 45 darjah dari permukaan rata kereta.

Aku jugak mampir ke bonet tu. Adik Petronas memberi laluan kepada aku. kereta aku ye tak?

Aku : jap eh, akak cuba. sebab tadi Lokman bagi tau akak cuba goncang wayar.

berbahasa basi aku dengan Adik Petronas. setelah menggunakan sehabis tenaga, mengoncang wayar dan bateri, aku berlari-lari anak ke pintu belah pemandu. dengan bacaan Bismillah; hati tawakal pada Allah. aku pun hidupkan enjin kereta.

deruan keras enjin kedengaran. aku mengucap syukur yang panjang. Adik Petronas senyum pada aku. huhu, lucu pulak bile ingat balik.

aku ucapkan terima kasih kepada Adik Petronas. membuntut ke dalam kereta dan memacu perlahan keluar dari Petronas.

sambil memandang kaunter, Adik Kaunter yang sedari tadi memandang aku mengangkat tangan isyarat "thumb up"

hehe. aku tamatkan cerita aku kat sini.

kbai. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.