Pengikut (Blogspot)

Rabu, 22 April 2015

drama melayu (5) : ceo

hello semua, selamat pagi...

intai-intai filem : CEO kat layanon9.net baru-baru ni. aku panggil drama tapi sebenarnya dia termasuk dalam genre filem. sebab aku ni penonton kan, aku tak tau pun ape beza drama dengan filem. aah, abaikan semua tu.



filem ni dilakonkan oleh dua pelakon utama yang hebat; Remy Ishak dan Beto Khusyairy. dua-dua ada method jiwa yang berbeza.

seorang kaya dan seorang miskin bertukar tempat. tema cerita ni.

tapi cerita ni tak bias. cerita ni menceritakan, yang kaya ada kesusahan dia. yang miskin pun ada keseronokan dia. tu yang aku suka.

yang penting sekali, kita ni jadi manusia takde ape yang bagus pun. tetap kena ingat yang di atas pun boleh jatuh jugak. 

jadi jika kita di atas, janganlah menilai orang yang di bawah tu terlampau teruk, jika dia susah. sebab dia pun manusia biasa. perlukan sokongan bukan hinaan, cacian atau tekanan untuk teruskan hidup. (ok, ni aku yang agak emosi. hahaha)

hanya budi pekerti yang mulia je yang sepatutnya jadi peneman di mana-mana. wallahualam.

kbai. 


p.s : macam mana eh, nak jadi mulut jahat yang boleh maki orang hari-hari?

 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.