Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, Februari 5

partner and other partner (9) : sama yang tidak

hello semua, selamat petang...

lately, aku jarang lena waktu malam. bergaduh dengan Ncik Bos Botak dan pelbagai masalah yang aku hadapi sekarang membuatkan otak aku tak cukup rehat. sebenarnya aku sendiri kena biasakan diri dengan masalah kalau aku nak jadi seorang engineer / contractor yang berjaya. aku belum tahap chill macam gitu lagi. 

saat tu mesti Lokman tengah membuta kaw kaw punya sedap. aku tengok muka dia. ada banyak benda yang dia buat or dia pertahankan tapi dia tetap chill. macam mana nak jadi macam dia eh. entah la.

dalam pukul empat lima pagi, bile Lokman kalih badan. aku nampak macam anak mata dia terbuka sedikit. yang aku dapat jangka tahap sedar dia meningkat sepuluh peratus.

aku pun bersuara. 

Aku : abang, kite tak boleh tido la...

memandang Lokman, menanti tindak balas dari dia. 

Lokman : sama lah, abang pun tak boleh tido. 

Aku : tapi mata abang pejam?

Lokman : betul. abang tak boleh tido. 

kroh.kroh.kroh. bunyi dengkuran Lokman memenuhi segenap bilik. 

lalu Lokman memusingkan badan dan membelakangkan aku sambil berdengkur.

menamatkan perbualan dengan ringkas dan tenang.

lucu plak rasa tengok Lokman ni. kbai. 

6 ulasan:

  1. Lah.. tak boleh tidur tapi berdengkur. Dasyat...

    BalasPadam
  2. Dia tak tidor...betul...sbb dia sdg bermimpi...

    BalasPadam
  3. dia tak boleh tido sebab ada orang kacau dia tido
    haha

    BalasPadam
  4. Hihi dia ada cara tersendiri tak bokeg tidur..

    BalasPadam
  5. MUngkin jawapan dia tu adalah jawapan dia di alam mimpi.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.