Pengikut (Blogspot)

Selasa, 6 Januari 2015

office random talk (3) : latihan industri dan memberi peluang

hello semua, selamat malam...

sejak aku keje teamcoat, ada banyak juga budak praktikal yang aku supervise keje diorang. aku rasa kadang aku ni ambil kesempatan atas diorang pun ada. mengikut skill masing-masing. huahuahua. nampak bunyi jahat macam mana?

bagi aku budak yang baru mula masuk bukan takde talent. tapi mereka perlu diberi peluang. semua manusia itu khilaf. yang terpenting ialah peluang.

dulu, masa empat hari baru masuk kerja kat Teamcoat, aku buat onar yang sangat besar tapi Ncik Bos Botak bagi peluang kat aku. aku yang malu dan stress dengan keadaan tu memang decide nak berhenti kerja.

that time aku tak submit tender drawing yang berlambak-lambak kepada QS Consultant yg supposed mereka jual tender pada esoknya; disebabkan aku, kontraktor beli tender lambat sehari. Ncik Bos Botak tak marah sebaliknya Ncik Bos Botak mintak maaf dengan Ncik Bos QS Consultant tu bagi pihak aku. kalau korang jadi aku, mesti dan dan nak berhenti kerja kan?

lepas Ncik Bos Botak mintak maaf, beliau cuma mintak aku print mana yang mampu. dan esok kemudian yang tak sempat bawa pegi print dekat kedai.

aku yang cuak giler time tu sedaya upaya tak tido dan tak boleh nak lelap pun menyiapkan kerja-kerja print tu. masa pagi tu seawal jam 0730 pagi aku dah terpacak kat kedai dan print lebihan yang aku tak mampu print semalaman.

kepala berlegar-legar fikir nak berhenti kerja.

di kedai tu, aku adalah pelanggan pertama. aku tak sanggup nak drop pun drawing tu dan tunggu sampai drawing tu siap. ibarat menemani seorang auntie berbangsa Cina di waktu pagi. dengan muka sugul.

auntie bertanya sekadar berbasa-basi:

auntie : apesat muka lu sedey?

aku : tak cukup tidur la auntie. semalam saya tak tidur print drawing. mahu submit semalam tapi saya terlepas, saya kena submit ini hari.

auntie : macam mana boleh u tak submit masa dia?

aku : saya baru kerja 4 hari saya tak tau. saya kesian dekat bos. pegi mintak maaf utk saya kat klien. saya ingat saya mahu letak surat berhenti la lepas siap ni auntie.

auntie : kalo macam tu lu bodo la. kalo saya u punya bos, semalam u sudah berhenti. u sudah kasi malu saya. bos lu suruh benti ka?

aku : takde la pulak die suruh berhenti.

auntie : itu makna, die bagi lu peluang. kalo u berhenti u memang bodoh.

lalu menyerahkan 10 bundle drawing ke dalam perut kereta aku dan berlalu pergi.

aku terdiam. terkesima dan terpatah balik. kesannya aku masih di sini. pekerja marhean Teamcoat.

semua orang perlukan peluang.

tu je nak kongsi. kbai.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.