Pengikut (Blogspot)

Rabu, 3 Disember 2014

scene komuter (4) : pakcik teksi

hello semua, selamat tengah hari...

kalau lepas sampai di Stesen Taman Wahyu, aku selalu akan naik bas untuk ke pejabat. tapi kalau dah terlajak pukul 1000 pagi. aku berfikir kemudian aku decide nak naik teksi je.

lalu, aku mendepakan dan melambai-lambai untuk menahan teksi. teksi warna biru yang baru keluar dari simpang sebelum tempat menunggu bas itu berhenti. ngam-ngam kat depan aku.

aku pun membuka pintu belakang teksi dan masuk ke dalam teksi. perbualan dengan pakcik teksi pun bermula.

Pakcik Teksi : pegi mana dik?

Aku : saya nak pegi belakang Warta Baru.

Pakcik : ok, tapi ni teksi eksekutif dik. tambang dua kali ganda. 

aku mencongak. antara masa kerja dan duit yang ada. mana lebih bernilai? antara duit dan etika kerja? mana satu yang lagi diberi keutamaan. time tu aku pilih etika kerja. sebab aku dah lambat hampir sejam.

Aku : pakcik terus je la, saya dah betul-betul lambat ni nak pergi pejabat.

Pakcik Teksi : tu pakcik bagitau, teksi biru ni untuk vip. untuk pergi airport selalunya. tapi adik dah lambat, takpe la, pakcik tolong adik.

pakcik teksi memecut. melebihi had sepatutnya dipandu oleh seorang pemandu teksi. memilih lorong laju untuk memecut ke pejabat aku.

sampai di persimpangan Warta Baru, pakcik teksi bertanya :

Pakcik Teksi : mana pejabat adik?

Aku : tu kat corner, bangunan warna coklat tu

Pakcik Teksi : la, keje kat Teamcoat ke? pakcik keje sini gak dulu.

Aku : ooo ye ke?

Pakcik Teksi : ye, ko masuk bile dik?

Aku : dah empat taun keje sini cik. 

Pakcik Teksi : pakcik dah 10 tahun berhenti. nanti kem salam kat Hab, cakap Din kirim salam. 

Aku : ok cik. berapa tambang cik?

Pakcik Teksi : dua belas ringgit (sambil menjeling mata meter) tapi sebab adik keje Teamcoat pakcik bagi sepuluh ringgit je la. harga kawan-kawan.

tersenyum lebar aku menyerahkan not sepuluh berwarna merah dan mengucapkan banyak-banyak terima kasih pada pakcik teksi tu. 

hekhek.

kbai.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.