Pengikut (Blogspot)

Isnin, 1 Disember 2014

scene komuter (3) : agen line telefon bimbit

hello semua, selamat tengah hari...

bile bertukar dari handphone canggih seperti Note 1 kepada handphone berjenama Ninetology mengandungi fungsi seperti Samsung Corby. semestinya aplikasi "Whatsapp" adalah aplikasi terbaik mengalahkan lain-lain aplikasi yang memerlukan storan yang besar.

hari Jumaat adalah hari paling "happening" naik komuter. kesesakan petang Jumaat adalah luar biasa. sehinggakan kite perlu mempunyai skill untuk mendapat tempat semasa transit di KL Sentral. beria tak penerangan aku. hekhek. ok, abaikan.

dalam komuter yang penuh sesak, no wonder lah orang sebelah boleh nampak ape kite tengah "Whatapps" dengan rakan-rakan kite. aku tak pernah kesah pun. bukan ada rahsia pun ape isi kandungan "Whatapps" aku.

kadang-kadang aku "Whatapps" dengan Lokman. ok, let me introduce yang Lokman ialah Encik L. sesejak lepas setahun kahwin ni, aku rasa nama Encik L kurang sopan. better aku panggil Lokman kat sini.

Aku menaip seperti :

Aku : Abang, kite baru lepas KL Sentral. bateri kong dan line pulak problem. nanti dah sampai Kajang kite mesej balik.

Lokman : K

biasa lah. kalau lelaki. suami pulak tu. takde maknelah macam bercinta dulu ye tak. nak cakap take care sayang. cakap k je dah cukup gambarkan die caring gitu. haha. sori. terkutuk pulak. hahaha.

lepas habis baca mesej Lokman tu. aku terus mendongak. aku nampak akak sebelah aku senyum kat aku. aku pun senyum lah kat die balik.

Akak : balik mana?

Aku : UKM. akak balik mana?

Akak : Beranang, turun kat Sungai Gadut.

Aku : ooo.

Akak : adik keje mana?

Aku : keje Selayang.

Akak : jauhnya berulang?

Aku : ooo, suami ada keje site kat Putrajaya.

jawab aku ringkas. aku jenis tak reti nak panjangkan perbualan dengan orang sebenarnya. tiba-tiba, akak tu tanya :

Akak : adik suka guna "Whatapps" ke?

Aku : suka la jugak. sebab "Whatapps" free.

Akak : free? adik guna line ape?

Aku : ala, maxis yang baru tu. saye pun tak tau nama sebab suami saya beli. yang satu tau maxis iklan kipas angin kat tv tu.

Akak : free ke? line mudah tak?

Aku : kalo kat tengah-tengah town mcm ni maxis memang takde masalah.

jawab aku berbahasa-basi dengan akak tu. malas lah nak cerita panjang-panjang bab line telefon ape-ape. ia mengingatkan aku pada hutang ratusan ringgit pada celcom. kihkih.

Akak : adik nak try beli nombor baru. banyak faedahnya.

Aku : nombor baru? nombor ape?

Akak : tune talk. akak ada jual. esok akak ada buka booth kat Putrajaya,

dalam hati aku, bala dah. aku kena game ke ape ni? aku nampak akak tu mengeluarkan sesuatu dari beg die.

zaap. satu flyer bertukar tangan kepada aku. menerangkan segala bagai kelebihan line pra-bayar tersebut.

Akak : boleh bagi tak nombor adik? esok kalau adik ada kat Putrajaya boleh singgah booth akak.

Aku : tak boleh kot.

sambil tersenyum kelat mematikan perbualan tersebut.

tu je. kbai.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.