Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, November 27

scene komuter (2) : komuter lambat?

hello semua, selamat tengah hari...

kadang-kadang aku suka terlepas komuter. bagi aku bukan komuter yang lambat. tapi aku yang lambat. hehehe.

kadang-kadang aku terlepas 5 minit dan melambai komuter melepasi aku. 

aku ape lagi, melepak 15 minit untuk tren yang seterusnya. 

tiba-tiba aku nampak satu akak. dari kejauhan aku tau akak tu single. punca?

pakai dress yang ada corak sequinne di tangan bersama-sama dengan shawl lilit di kepala. handbag berjenama yang boleh didapati dari Sogo. kasut bertumit tinggi berpadan dengan baju.

dah lama aku tak jejak Sogo. monolog hati aku. 

aku compare akak manis dengan diri aku. aku pakai baju kurung corak polka-dot hijau oren (lansung tak matching) bersama-sama dengan tudung lycra (anak tudung kaler hijau, mak tudung kaler oren). handbag tiada, ganti dengan beg sandang belakang bersama-sama dengan beg guni tulis CIDB yang penuh dengan manik. kasut flat je. 

simple ke keserabaian? entah. begitu lah kot nak beri beza-tara antara bujang dan berkahwin. huhu.

akak tu jalan kalut-kalut ke arah kerusi yang aku sedang duduk. aku pandang. nak kata senyum pun tak. nak kata mencebik pun tak. pandangan neutral aku bagi kat akak tu. 

akak yang kalut tu garu kepala. sambil memandang kepada "board digital" paparan jam dan paparan jangkaan kereta api seterusnya. 

akak tu pandang aku. aku gerakkan muka mendongak sedikit. isyarat bertanya kenapa. 

Akak : lambatnya tren ni. 

Aku : lambat?? (terpinga-pinga)

Akak : yela, dah nak malam baru nak sampai. 

Aku : bukan tren sampai 3 minit lagi ke? lambat macam mana tu?

Akak : lambat jugak...

akak tu mencebik dan duduk di kerusi sebelah aku. bukan sebelah aku, another kerusi lain sebelah aku. 

aku salah tengok masa ke dia? sedangkan dia pun sampai lambat.

gumam aku dalam hati. kbai. 



18 ulasan:

  1. Hmm....aku pun turut gumam dalam hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko gumam ape?

      hahahaha.

      *lelaki akan gumam imaginasi lebih tinggi dari perempuan. kot?

      Padam
  2. nak cepat sangat, tahan je teksi, bayar mahal skit la..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. naik teksi dari selayang ke klang?

      perrrgh! anak tan sri mana tu?

      Padam
  3. eh... dia lambat dia pulak nak gumam-gumam yer. tapi wak... ramai tau ibu muda hot kat malaysia I tengok skang... tapi mungkin depa tak naik la tren kan bila dah hot hot smeua tu hehehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe.

      memang ibu muda sekarang hot dan mungkin mereka juga tak naik tren.

      kehkeh.

      Padam
  4. Gua memang tau.. Lu sama macam orang rumah gua lambat... Ha ha ha
    Thx singah jengok gua

    BalasPadam
    Balasan
    1. biase le tu, tabiat orang perempuan.

      kehkeh.

      Padam
  5. agaknya dia men ckp je kot..huhu.. org tengah kelam emosinya lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin.

      die pun tak pasti ape yang die cakap?

      Padam
  6. korang berdua memang bermasalah... hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape plak aku skali yang salah?

      aku cuma inteprate je akak manis tu...

      kihkih

      Padam
  7. mungkin selalu dia sampai2 je komuter pon sampai kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.

      kadang-kala kite pun insan lemah.

      ye tak?

      Padam
  8. akak tu nak bagi tau dia yg lambat
    tapi segan
    dah tu cakap la tren lambat

    macam tu la kata orang dulu2
    haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah dgr petua ni dulu-dulu pak tehr...

      kalau kite salah, kite salahkan keadaan sekeliling.

      hekhek.

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.