Pengikut (Blogspot)

Rabu, 30 Julai 2014

ramadhan & syawal : Allah lebih sayangkan kamu

Assalammualaikum...

Lama dah tak menulis apa rasa hati aku kat sini. Sejak aku mengandung, aku selalu tak sihat. Banyak perkara berlaku sehingga aku berhenti dari kerja.

Syawal ni, dukacita untuk aku dan Encik L.

Kami kehilangan kembar kami dalam usia kandungan 6 bulan.

28 Ramadhan 1434H, memberi tamparan hebat untuk kami berdua. Kami redha anak-anak lelaki kami meninggalkan kami. Aku keguguran. Kedua-dua anak aku.

Tiada kegembiraan syawal ini.

Yang ada hanya air mata mengiringi pemergian anak-anak syurga ibu dan abah.

Ramadhan bin Mohamad Lokman & Syawal bin Mohamad Lokman.

Tenanglah di sana. Ibu dan abah redha.

Tiada apa yang lebih berkuasa dari Dia. Apabila Allah berkata Kun Fa Ya Kun. Maka terjadilah ia.

Tanpa tanda-tanda. Tanpa amaran. Semoga dugaan besar untuk kami ini menunjukkan hikmah.

Wasallam.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.