Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, Mei 8

15-03 ; 27 - doakan untuk kehadiran dua insan istimewa

hello semua, assalammualaikum....

dah lama kot tak tulis blog. dah dekat sebulan. masa paling lama sekali menyepi dari aku bercerita berkenaan peribadi aku dalam blog. hahaha.

aku tak sihat. really. sekarang pun "morning sickness" masih ada walaupun tak melampau macam sebulan lepas.

lepas je aku tau yang aku "pregnant" melalui Urine Pregnancy Test yang aku buat kat Klinik Izzah; panel office ni. aku mabuk yang amat teruk. aku muntah almost 10 times everyday. korang boleh bayang macam mana selera makan aku time tu? conform zero. 

aku pun selalu ponteng kerja. sebab waktu muntah bermula jam 10 pagi. waktu sebelum tu memang aku bertepek sebab  pening kepala. 

at last, aku tak tahan sangat masa 28hb April 2014, first time warded kat Hospital Sungai Buloh. kandungan air dalam badan dah takde. doktor sahkan aku memang dehydrate. doktor sarankan aku warded untuk aku dapatkan semula air dalam badan dengan cara masuk air. 

itu memang expectation aku masuk hospital. sebelum dari aku pegi hospital aku pegi Klinik Izzah macam biasa. nampak aku lesu, doktor cakap kalau ubat tahan muntah tak berkesan kena pegi hospital untuk masukkan air dalam badan. 

aku redha masuk wad, walau banyak sangat perkara yang jadi time tu. aku ingat aku warded sehari dua. dalam wad pun selera makan aku still takde. makan nasik pun empat suap je. lepas tu taknak dah. 

lepas dua hari, kandungan "ketone" dalam air kencing masih tinggi. bacaan "ketone" menunjukkan badan aku still dehydrate. masak nurses kat hospital suruh aku minum air masak dua jug sehari untuk reduce kandungan "ketone" dalam badan aku. 

setelah empat hari warded, bacaan "ketone" dah stabil. doktor bagi discharge. 

hurm. masih ada saki baki tu actually. sebab aku bukan regularly minum air masak pun sekarang. cuma makan aku memang jaga sebab aku nak baby dalam ni pun dapat makan sama. even baru berusia dua bulan. hikhik.

yang paling mengejutkan sebenarnya, masa scan kat hospital aku dapat baby kembar. dua karung. dua-dua ada "heartbeat". disebabkan masih baru, baru dua bulan. aku takde excited sangat. long journey to go.

doakan kandungan aku ni berjaya sampai akhir. doakan jugak aku dapat kembar sepasang; impian aku kalau kembar tak seiras biar lah sepasang. 

sangat nervous dan takot, mengandung pertama yang kembar. kandungan masih tak nampak. masih banyak ilmu berkenaan ibu-ibu yang harus aku belajar. 

by now. aku mula bekerja yang kebanyakan dalam office je. serius tak larat lansung tak pegi site. 

tu je update. dengan bahasa rojak cincai dan tiada kesenian bahasa lansung. 

adey-chiau. 



p.s : bukan tak sayang, tapi aku betul-betul terluka.




28 ulasan:

  1. jaga kesihatan... bukan senang nak mengandung.

    BalasPadam
  2. bertabahlah ye..hihi...dah dapat claypot (sizzling) kau tu??

    BalasPadam
  3. Tahniah kak!

    tetiba ber-akak lak. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahuahua.

      terima kasih reen.

      kakak pun boleyh, dah kawen kan :)

      Padam
  4. Alhamdulllah tahniah..mmg klu pregnant kembar ni morning sickness dua kali ganda..take care..semoga diberi kesihatan yg baik,dipermudahkan sepanjang pregnant..seronoknya bila dengar kembar..tak seiras klu sama jantina pun ok..janji sihat selamat semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul akak kutu...

      yg penting semuanya selamat...

      terima kasih atas doa akak kutu

      :)

      Padam
  5. Setiap org yg pregnant tak sama pembawakannya Mas. Ada yg jenis kena uji macam Mas ini. Tapi Insya-Allah biasa kalau masuk 4-5 bulan ianya akan beransur hilang. Kuatkan semangat dan dekatkan diri pada Allah lebih dari sebelumnya. Moga dipermudahkan. Control rasa marah terutama pada en L.

    Buat en L:-

    Maaf menitip sekali di sini. Isteri kini perlukan lebih belaian dan kasih sayang. Jgn mudah terasa bila ada yg tercuit dek kata/perbuatan isteri. Moga semuanya baik-baik belaka. Kakak doakan sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm... thanks kak zakie...

      bukan nak marah kadang-kadang; sebab kite rasa tak sedap. asyik baring je. tu yang boleh buat gaduh.

      semua tak terurus dah...

      Padam
  6. insyaAllah cik punzel akan okay. aku paham alahan tu. mmg pening mabuk mcm naik bot dlm laut yg bergelora tapi tak sampai2 selama 3 bulan. fuh.. aku tersenyum gembira bila baca yg ko akan dpt twins. impian aku jugak nak anak kembar. ko take care ye. kena paksa jugak minum air. kalau takleh minum air kosong, cuba cari makanan yg berair mcm buah ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko pun hadapi benda yang sama macam aku ke?

      aku hanya boleh makan epal last week. sekarang sizzling pun dah boleh.

      hehe.

      Padam
  7. alhamdulillah punzel...congrate..twin tu..hihi!! ramai lah warga kopitiam nanti...teruk eh alahan kau...jaga makan, even tak selera pun still kena makan sbb kesian baby.. jaga diri ya!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak dah...

      lepas ni ada 4 junior nak kalahkan wazi!

      yeay~!

      Padam
  8. Wahhh...... bestnya Cikilolo... dapat twin, kata org kalau dua kantung maknanya 2 jantina... moga ibu dan kandungan selamat semuanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la, aku check dalam internet pun mcm tu....

      possibility 2 jantina tu tinggi...

      doakan ye...

      Padam
  9. tahniah
    tahniah

    moga2 dipermudahkan segala urusan nanti

    tahniah

    BalasPadam
  10. Congrat Mas..alahan masa awal-awal mengandung memang perit..aku yang tak teruk sangat pun kadang rasa nak baring je tak larat. sekarang Alhamdulillah dah masuk bulan ke6 semuanya ok..semuanya rasa nak makan.haha..
    ko kena kuat utk tiga bulan pertama ni..moga si kembar dan ibunya sihat selalu..minum susu baru bertenaga :)

    BalasPadam
  11. kembar? wahhhhhhhhh seronoknya!! tahniah tau!! jaga diri elok2 :D

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, jaga kandungan baik-baik.
    Semoga selamat semuanya..

    -zy-

    BalasPadam
  13. Tahniah.....dan take care....

    BalasPadam
  14. Tahniah, semoga ibu dan kandungan sentiasa berada dalam kandungan yang baik. Bestnya dapat baby kembar.

    BalasPadam
  15. wahhh kembar... :DD jaga diri, jaga kesihatann :']

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.