Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Selasa, Mac 25

kisah keluarga gajah (1)

hello semua, selamat malam...

lama dah tak tulis blog. tapi takla selama pesawat MH370 tak dijumpai. dalam pendahuluan entri ni, aku mensedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada muslimin dan muslimat dalam pesawat tu. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang soleh; semoga usaha membawa balik pesawat ke Malaysia menemui kejayaan. amin.

Bapak Encik L boleh tahan berkias orangnya. dua minggu lepas, ada kawan mintak tolong tebang kelapa sawit kat area perumahan sini. Encik L bergerak dengan diri sendiri; round kampung carik team nak tebang pokok. sampai hari ke akhir, takde orang pun setuju nak tebang. Encik L betul-betul naik runsing. huahua. 

dipendekkan cerita, aku alternatively cadangkan tanya Bapak; orang yang bergiat 30 tahun dalam hal ehwal pertanian dan kebun sawit. ade ape cara lagi kan?

habis sepetang Encik L menceritakan kronologi dan sebab musabab kenapa Ncik X, Ncik Y dan Ncik Z taknak jadi team beliau untuk kerja ni. kemudian lagi, cuba menceritakan skop kerja. macam dah rupa meeting aku tengok. aku pulak yang keletihan meeting sabtu, bantai tido petang. kihkih.

seusai hampir Maghrib, aku terjaga. Encik L masuk bilik muka senyum-senyum. dengan satu panggilan, Bapak telah berjaya memujuk orang yang sama menjadi team Encik L. serius aku impressed.

sebelum mula kerja, macam biasa kan. survey kawasan untuk estimate orang dan masa kerja. aku pon menyendeng ikot. sebab Encik L umpan aku nak minum air sejuk kat kedai. 

masa perjalanan balik dari tapak, Encik L kena bahasa dengan Bapak. dengan aku-aku sekali kena tempias. tapi kitorang redha dan tahan telinga je. sebab dah tau salah sendiri. hakhak.

Bapak : dulu kat Juntai (Batang Berjuntai) masa bapak bukak kebun dulu, ada gajah datang.

Encik L : dari mana gajah tu pak?

Bapak : tak tau la bapak, dari hutan la tu. dulu masa mula-mula kebun tu semua hutan. ramai-ramai usahakan bakar dan tanam sawit. gajah tu ada ayahnya, ibunya dan anaknya. 

Aku : oooo, takde orang kacau je gajah-gajah tu?

Bapak : takde, tapi akhirnya ayah gajah tu kena tembak dengan senapang. tahu-tahu ibu dengan anaknya hilangkan diri. ni berlaku depan Bapak ni, bukan orang lain yang cerita.

Encik L dan aku kerut dahi.

Bapak : yang peliknya ayah gajah ni, taknak lalu kat jambatan yang dah ada. jambatan tu batu. lori 10 tan pun boleh lalu tapi ayah gajah dikit-dikit pijak tanah sendiri dan menyusur sungai dengan ibu gajah. 

Aku : gajah tu pemalu. die taknak ikot jalan manusia.

Bapak : paling berat gajah baru 2 - 3 tan, takkan roboh jambatan tu. bapak pun tak faham lah gajah tu.

Encik L dah start buat muka kelat. aku yang kena sekali layan je la cerita Bapak sampai Bapak tukar topik kepada terowong arang batu yang ada di sekitar Batu Arang tu. hahaha.

okey. sini meh bagi terang sikit. ayah gajah tu sebenarnya Encik L yang tak reti nak mintak tolong kat jambatan batu (Bapak) pasal kerja tebang pokok tu. yang dah ada pengalaman. kenapa malu nak mintak tolong. saat akhir baru bagitau.

tu je nak kongsi. malam makin larut. adey-chiau.


p.s : "mengorak masa depan" ini bermaksud apa?



17 ulasan:

  1. Cite ari sabtu?yg bncg tak abis2 tu?hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sampai ke maghrib baru habis.

      stress aku.

      Padam
  2. mendalam, banyak sgt kias nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.

      tau takpe.

      lepas ni kena hati-hati

      :)

      Padam
  3. Hihi.. patut pun en L kelat dah muka terkena batang hidung kisahnya ye..

    BalasPadam
  4. Orang tua-tua punya cara... sempoi tapi menikam. hehehe

    BalasPadam
  5. Dia samakan diri dia dgn jambatan? Kalo en L ayah gajah, maka ibu gajah tu cik punzel la kot. hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahua.

      kalo nak ikot saiz badan memang ade pon...

      Padam
  6. Aku pun join kerut dahi bila sal ayah gajah disebut. Haha. Kiasnya mendalam sungguh.

    Mengorak masa depan tu macam merancang masa depan. Aku rasa macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup...

      tp dr segi yg macam mana?

      hurrmmm

      Padam
  7. Kalau kau x bgtau..sampai bila2 aku igt bapak L citer pasal gajah...aaaahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.

      Aku pon mula2. Tp selepas turun kereta Encik L cakap, "perasan tak kite semua kena bahan ngan bapak?"

      Baru aku faham... Hurm.

      Padam
  8. ingt btoi psl gjh rupanya rjuuk pd en L. huhu

    BalasPadam
  9. mendalam betul kiasan orang lama ni....menikam sampai kelat muka Lokman. kikiki. takpe..pengajaran untuk pedoman dihari mendatang :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sndiri carik psl (aku dgn dia). Pasalnya lg buat keje last min...

      Huhu

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.