Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 28 Mac 2014

cerita rambut (3) : bukan rambut sebenar

hello semua, selamat petang...

cerita hal rambut, gigi dan semua berkenaan dengan set pembersihan diri; lelaki dan perempuan memang berbeza sangat-sangat. perangai terhadap benda-benda macam ni.

suatu hari yang tenang, Encik L sedang membasuh kain di luar bilik air dengan sebuah mesin basuh jenis dua pintu. ikotkan jadual kerja rumah, memang Encik L akan basuh kain. sidai dan lipat selalunya aku. aku pulak time tu baru nak mula gosok gigi dan mandi pagi.

aku macam pelik sekejap. sebab jarang aku mandi lepas Encik L mandi. selalu mesti aku yang mandi dulu. aku selalu menganggap yang berus gigi warna ungu adalah aku punya and other one yang warna biru adalah Encik L punya. tapi, yang basah berus gigi warna ungu. 

aku pun terus tanya :

Aku : Abang, berus gigi abang kaler ape...?

Encik L : ungu, err biru... ke ungu?

Aku : eh, ungu kite punye berus la....

Encik L : mana-mana pun boleh. ape hal?? aku ada HIV ke?

aku stress memikirkan yang selama ni aku berkongsi berus gigi dengan beliau tanpa aku sedar. huarrrgh.

tu je, story rumah tangga. adey-chiau.


p.s : berus gigi jugak digunakan untuk menghilangkan kotoran di celah-celah jubin di tandas. hukhuk.

19 ulasan:

  1. kena tulis nama kat berus gigi tu nampaknya.

    BalasPadam
  2. huk huk huk... I the other day termasuk ke jamban right after papa nya JJ, and bila capai berus gigiku, terasa lembabnya, cek berus gigi lain duk ada dalam tu, kering semuanya. Then I tanya dia... mana satu dia punya? Jawapan beliau seakan En. L (cuma takder tambahan pasal HIV) muahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib kite serupa kan kak dora...

      Lelaki mmg tak pernah igt kaler...

      Padam
  3. hehehe........ takpe boleh tambah rasa kaih sayang suami isteri

    BalasPadam
  4. aku pun mengalaminya Punzel. tapi aku la orang yang bersalah dalam hal ini...beli sepasang corak dan jenis sama cuma beza kaler jelah buat aku konpius. dah lama pakai baru perasan aku salah bila yang 1 lagi tu nampak baru sentiasa. HAHA.

    bila aku mengaku dengan ijan, dia kata ok je..mana2 pun boleh sayang. kita dah berkongsi lebih dari itu...setakat berus gigi apa adahal daaa. settle!! haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.

      ko yang pakai berus gigi ijan...

      hahaha.

      tkpe, suami isteri kan...?

      Padam
  5. sharing is caring...hahahaha
    merapatkan lagi hubungan suami isteri tu...chewahhh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak rasa pun benda tu boleh eratkan kaseh sayang.

      huahua.

      Padam
  6. biasala tu kongsi antara laki bini tapi bab berus gigi ni.. aku macam macam macm speechless sikit.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kaseh sebab ko selalu rasa ape yang aku rase...

      speechless...

      huhu

      Padam
  7. Hahahaa.. next time beli berus gigi byk2.. :P

    BalasPadam
  8. Salam pagi isnin.....
    Benda lain boleh kongsi ...kot..berus gigi...susah cakap lah...

    BalasPadam
  9. itu xpe lagi...anak akak yang 2 tahun tanpa sedar telah mencelup dalam jamban berus gigi akak...then akak dah guna berkali2 br terkantoi...adeh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu...

      die celup setiap hari ke?

      tu lagi masak nak guna. boleh muntah!

      Padam
  10. erkkkk org pompuan sememangnya mmg xsuka berkongsi berus gg wlpun terdesak camne skalipon...huk huk....

    BalasPadam
  11. terlupa berus gigi yang mana satu. hihi.. ketawa kecil Ros,.. benda macam ni memang berlaku dalam kehidupan suami isteri pun :)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.