Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 14 Februari 2014

tujuh puluh lima ribu

hello semua, selamat tengah hari...

sayang memang sayang. cinta tulus cinta. macam nak feeling-feeling Lagu Getaran Cinta di Jiwa; Liza Hanim. tu lah rasa hati aku sekarang. haha. jiwa tak jiwa.

semalam. tak bergaduh besar pun. tak bermulut puaka. lansung tak. pesan orang tua aku ngan Encik L simpan baik-baik dalam hati.

bila Encik L nampak aku diam merajuk. beliau gunakan kucing untuk psiko aku. mintak makan beriya membontot aku. last sekali terjebak bile aku decide nk pegi kedai runcit beli makanan kucing. Encik L dah senyum dah.

masa kat kedai tu nampak game monopoly. harga ringgit malaysia tiga. jadilah buat main kalau boring kat rumah. dari bertekak baik kite main monopoly.

bile tunjuk kt Encik L, beliau okey je layan aku kan. kata aku tengah merajuk. tu tengah nak pujuk la tu.

sampai rumah. bace peraturan ape yg patut. terus je agih-agih duit dan mula.

untuk first dan second round game. memang Encik L conquer game. boleh kata 60% petak tanah dan rumah under beliau. yang aku hanya conquer tapak TNB & TELEKOM serta tapak lapangan terbang 3 petak. tak ketinggalan petak terakhir dalam pusingan monopoly tu. tempat terkaya untuk diduduki. haha!

permainan actually berlansung dengan aman. aku cakap kan yang aku bini, isteri. mana boleh nak berkira dengan aku. kan kan? haha.

aku banyak kali kena ouh. dah asal lalu je, semua tapak die. sampai duit 5k yang ada pun aku sedekah kat Encik L. bangga lettew aku hampir kalah. haha.bangga la semua duit aku habis.

tibe-tibe entah mana rezeki aku datang, lambungan dadu milik Encik L ngam-ngam kena kt TNB. ikut law permainan ni, harga untuk 1 fasiliti ialah 10 kali ganda dari harga tanah. malah lebih teruk untuk 2 fasiliti adalah 100 kali ganda dari hrga tanah. bermakna jika harga tanah 750 maka harga satu fasiliti 7500 dan harga 2 fasiliti 75000.

amek kau. tk pasal nk kena byr 75k. lepas tu aku pun tanya :

Aku : macam mana abg, nak bayar ke kat kite 75 ribu?

Encik L : gile kentang 75 ribu. tipu game ni. cuba baca rule die balek...

Aku  : rule kt blkng kertas ni (petak main monopoly murah kan sehelai kertas yg belakang die ada rule). kalo kite tengok belakang, habis la semua rumah bertabur.

Encik L : ooo kalo mcm tu tk payah la main lagi.

Aku : eh ape pulak. abg hutang kite 75k kot...

Encik L : eh, koyak la spender nk kena gadai semua tanah.

terus amek bantal. terus tido.

Aku : la, dah kalah merajok pulak...

jam pun dah pukul 1230 malam. aku kemas terus tido. last sekali kesiangan hari ni. sekian terima kasih.

p.s : aku sentiasa doakan hubungan kita ni kekal sampai syurga. even jutaan dugaan datang. jika ada apa-apa selepas ni, aku hanya harap tulisan ni jadi kenangan buat kita berdua. tak lebih dari tu.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.