Pengikut (Blogspot)

Rabu, 26 Februari 2014

telahan seseorang

hello semua, selamat pagi...

last week sebenarnya ada cerita kelakar yang aku nak cerita. bila aku taip  jadi tak kelakar pulak. bile aku cerita dengan Encik L, beliau buat muka kayu. hahaha, lansung tak boleh bla!

jadi, aku fikir nak cerita ke taknak. nanti orang cakap aku poyo. ngandong tak, cerita je lebih. memang la aku tak ngandong lagi. mana tau, lain kali ngandong. ye tak? hahaha.

sambung balik cerita aku. macam ni...

hari rabu lepas, kaki aku kejang tak boleh jalan. kalau ikotkan hati aku nak cuti. tapi tu lah, masa tu kereta rosak. kalau aku cuti, sape nak hantar kereta pi bengkel kan.

aku pun datang ofis. bila dah datang ofis, mana lah mau nak duduk time. turun naik tangga je dah dekat 10 kali. submit barang tu ini kat bos. jumpa bos pun dah tiga kali. 

dah kali kedua dan kali ketiga melintas bilik Ncik Bos Botak mula lambai-lambai panggil masuk. aku pun masuk. dah bos panggil, kena la masuk. 

belum sempat duduk dah tanya dah;

Ncik Bos Botak : kaki kau kenapa mas? teruk dah aku tengok

Aku : entah, betis dua-dua "cramp". tak boleh jalan.

Ncik Bos Botak : bahaya ni mas.

Aku : kenapa bos? (muka aku cuak habis)

Ncik Bos Botak : ko kenal secretary lama saya dulu. bukan yang ni, yang dulu. lama dulu...

Aku : emm, tak kenal. nape?

Ncik Bos Botak : kaki dia bengkak; berhari-hari. semua orang wondering, kenapa kaki die bengkak. die pun pelik jugak kaki die bengkak. jalan pun macam ni lah. ko tau sebab ape?

aku geleng kepala. muka dah cuak. ada sakit kritikal kawan tu. dahi aku berkerut-kerut.

Aku : tak tau....

Ncik Bos Botak : die pregnant! baik ko g check, ko pregnant ke tak. 

aku blur. terus keluar dari bilik beliau. disusuli dengan gelak tawa geng-geng sembang petang beliau.

chis. belum lagi kot.

adey-chiau.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.