Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, Februari 7

scene kedai makan (1)

hello semua, selamat petang...

betul, zaman bercinta tu indah tapi lepas kahwin keindahan perhubungan tu memang lain macam. yang lain macam tu la kadang-kadang mendatangkan bahagia. wallahualam. 

hari pertama date : Restoren Zaki Tokyam, Taman Sri Gombak

Encik L : sayang nak order apa, abang order eh? (since 6 hari kenal dah panggil abang, rasa geli je bile pk balik)

Aku : errmm... 

10 minit, makanan sampai. then, Encik L terus tadah tangan baca doa makan. serius aku malu, tapi syariat kan. tadah je la tangan. then amin-kan kuat-kuat. haha.

Aku : abang, kite sebenarnya makan perlahan. nanti abang tunggu kite pulak. kesian kat abang.

Encik L : takpe, abang makan sama-sama dengan sayang. kite habis makan sama-sama. 

memang terkedek-kedek tengok Encik L makan. kelakar la tengok lelaki yang biasa makan laju tapi makan kedek-kedek. boleh layan aku punya sembang, senyum segala bagai. haha. serius nak pitam, fikir betapa romantiknya Encik L time tu; dan betapa pakcik-pakciknya beliau. masa tu pun aku makan agak sopan dan santun. tak suap banyak-banyak dalam mulut. 


hari ke-155 perkahwinan : Restoren Rojak Penjara, Sungai Buloh

Aku : abang, kite nak laksa. 

Encik L : ko order la ape ko nak...

aku pun order laksa dua. kemudian cendol biasa dua. oh, lupa pulak. masa tu macam ade kecoh compare cendol jagung dengan cendol pulut mana lagi sedap. finally, cendol biasa jugak sedap. 

10 minit lepas makan sampai,

Encik L : baca bismillah, baru boleh makan.

Aku : bismillah dah baca dalam hati la before suap tadi.

masa makan memang masing-masing tak bercakap sebab lapar. sisa baki makanan yang tinggal dalam mangkuk Encik L adalah satu perpuluhan lima ganda lebih luak dari aku. 

dalam masa 3 minit, laksa dah habis semangkuk. meninggalkan baki laksa aku yang berbaki setengah dalam mangkuk. 

dalam masa 2 minit, cendol biasa sudah habis dijamah sedang aku baru mula mencapai sudu cendol untuk satu suap.

tiba-tiba Encik L bangun, capai ringgit malaysia dua puluh. pergi ke kaunter dan bayar.

Encik L : lambat kau tinggal... hakhakhak ~!

aku speechless. aku makan laju-laju. jahatnye. taknak kawan.


tu je. adey-chiau.



p.s : lari-lari aku tinggalkan semua ini, untuk mencari ketenangan?


24 ulasan:

  1. mase becinta sume layan...mkn lmbat pun takpe bole tggu...
    skrg mkn lmbat tngal la kau...hahaha

    org ajak g jln kau tanak...
    errrr...tu lagu ape erk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. malas la jalan-jalan ngan ko. nnt lokman nak ikut jugak.

      entah, aku main nyanyi je... ko ingat tak?

      Padam
    2. alaaaa...

      haaaa...rimas tjuk die..fabulous cat..
      gigih org gugle...hahaha

      Padam
    3. ko gugel, cari semua ayat aku tadi ke?

      hahaha! lucu...

      Padam
  2. hikhik.. kemanakah romantik itu.. dia romantik cara lepas kawen kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la cara baru payeh, mengambil hati isteri...

      huahuahua...

      Padam
  3. hahaha..sabo je la..
    ckp kat en.L..xtakut bini kena kebas org ke kalau tinggalkan...

    BalasPadam
  4. Begitu rupanya... romantik zaman kapel dengan romantik zaman kawin tk sama ya...

    BalasPadam
  5. hahahaha romentik masa mula2 kenal, ngan romentik lepas kawen ni lain kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la...

      romantik lps dpt ank tktau mcm mana...

      haha.

      Padam
  6. haha

    romantik ni sentiasa berubah
    sama la seperti sumpah-sumpah
    boleh bertukar warna hijau atau merah
    tapi tetap juga kekal cantik dan indah

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak... sekali pantun la pak tehr...

      hikhik.

      Padam
  7. "lambat tinggal!" hahaha, macam tu baru sempoi. bergurau dalam cara yang unik, mencipta kelainan. romantiknya yang tersendiri....

    ~kalau aku zaman bercinta, tak payah makan slow2. tak best. sebab kalau abis cepat, boleh mintak dia punya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.

      jarang lah die mintak ape yg aku makan. tktau pasal ape...

      Padam
    2. haha..nak menyampuk.. akak jenis makan laju. 'kawan lama'(yg pernah akak cerita dlm wechat dulu) jenis mkn perlahan juga. tapi selalu makan akak punya sekali. memang selamba tarik pinggan akak.

      Padam
    3. eh,

      die makan lambat then die pulak yang mintak sikit?

      hehe.

      Padam
  8. Buat tak tahu aje Mas. Makan macam biasa. Jgn takut en L tak tinggal punya. Paling tak pun mesti dia tunggu dlm kereta:)

    Sabar ajelah. Ini belum ada anak dara macam kakak kena tunggu mereka makan punya slow...

    BalasPadam
    Balasan
    1. die bukan duduk kat kereta...

      die bangun sbb nak isap rokok...

      huahua.

      Padam
  9. saperlar X sayang bini, tapi ade cik kak kann., kannns ;-p

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la wak...

      apesal lelaki jawa suke keluarkan ayat 'sapelah tak sayang bini?'

      hahaha.

      Padam
  10. tersinggung masa belum kawen dgn tersinggung masa dah kawen ni dah tak sama tahap dia. mungkin sbb ada rasa secure kat situ, sbb rasa, alah... tak payah la nak berkira sgt hal kecik ni.

    BalasPadam
  11. haha...jahat arr laki ko ni..keh keh.....

    tapi benda camni..bila teringat jadi kelakar dan menarik apa kan..kan...

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.