Pengikut (Blogspot)

Selasa, 11 Februari 2014

nescefe o nipis

hello semua, selamat pagi...

hari ni aku dengan Encik L awal. bangla kat kilang pun pelik; sampai Encik L cakap, hari ni kitorang mimpi pelik-pelik tu pasal bangun awal. kahkahkah.

sebut pasal kopi atau nescefe, tu memang favorite kitorang. lately sesejak usia Encik L meningkat ke angka tiga dot, asyik complain sakit belakang. aku pun sama.

semalam Encik L buat muka tahik. bila tengok nescefe o yang aku buat pekat. satu cawan, satu sudu nescefe. amek kau legam dalam cawan tu. bukan semalam je yang beliau complain. mungkin complain dengan cara berhemah buat aku bermuka dungu. haha.

dalam kereta pagi semalam, ada ceramah khas pasal nescefe o yang berasa nipis. korang faham tak nescefe o nipis tu macam mana rasa dia. kire rasa gula manis-manis buah; campur dengan rasa nescefe sikit. aku pernah la rasa. memang sedap pun. Encik L yang bancuh sendiri. haha!

asalnya, aku bubuh nescefe banyak-banyak dalam cawan supaya orang tak tuduh aku kedekut nescefe. hakikatnya aku suka nescefe pekat. baru buntang sikit mata aku ni pagi-pagi.

pagi tadi, masa Encik L tengah goreng nasik aku pun capai mug nak buat air. Encik L warning me.

Encik L : jangan letak banyak sangat...

Aku : hehe. alrite...

lepas masak, mandi. lepas mandi, siap. lepas siap, sarapan. letak air atas meja. hari ni hati aku nak minum nescefe susu.

masa Encik L makan, aku senduk nasik masuk bekal. keluarkan air Sunquick dalam peti ais.

Encik L akan makan dulu, baki aku akan makan dan minum dalam pinggan yang sama. memang rutin sarapan hari-hari macam tu.

aku pun suap nasik dan minum air. tiba-tiba Encik L tanya :

Encik L : sedap tak nescefe tu sayang?

muka nampak tension.

Aku : sedap la kot. nescefe tak pekat.

Encik L : ha tau pun. orang cakap nescefe o yang letak sikit. nescefe susu sedap ke rasa letak sikit?

Aku : sedap je.

Encik L : banyak kau punya sedap. dah tau buat salah, semua sedap ko cakap.

aku dah mengekek gelak.

Aku : tak same ke?

Encik L : mana nak sama dol. kalau berlari dengan berjalan sama tak?

Aku : siapa yang berlari, nescefe o ke nescefe?

Encik L : buat lawak, seronok sangat kan?! belum kena lagi...

hakhak. tu je cerita makanan hari ni salam sayang semua. adey-chiau.



p.s : terima kasih atas segalanya, yang telah kau beri, amat ku hargai. semua ku simpan di dalam hati...


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.