Pengikut (Blogspot)

Khamis, 23 Januari 2014

perubahan kecil ; belum mampu untuk cipta revolusi

hello semua, selamat tengah hari...

minggu ni aku yang sibuk dengan beberapa kerja dan outstation. however, aku jugak belajar sibuk dengan aktiviti-aktiviti rumah tangga. bila malam memang aku akan "slowdown" dengan Encik L duduk dua orang sambil layan tv. pukul 1000 malam masing-masing dah tidur.

alhamdulillah bila dah tidur awal, automatik dah cuba 3 minggu; 0630 pagi dah terjaga. lepas tu boleh siap-siap pegi kerja. dulu datang kerja pukul 1000pagi; sekarang pukul 0900pagi dah sampai. tu pun sebab aku kena hantar Encik L pegi kerja dulu.

lately, entahla. aku rasa syukur yang hidup lebih tenang. tak perlu rush sana-sini. kejar benda-benda yang aku cuba kejar; last sekali tersadong dan kehampaan. tu lah ketenangan yang paling bermakna dalam minggu ni dan minggu lepas.

bile aku belajar "letting go" sesuatu perkara yang memang betul bukan halatuju aku dan mulakan sesuatu yang baru dengan menyerahkan segalaNya pada Allah SWT. aku lebih tenang. dengan tidak memikirkan wang adalah segala-gala dalam hidup; aku tenang. hutang aku ibarat keliling pinggang kot. haha! tapi Allah SWT dah berikan ketenangan yang tak terhingga kepada aku. syukur sebab aku dah belajar "enjoy" dengan kehidupan ni.



ni adalah ikon yang aku selalu tengok kat Youtube. non-muslim girl yang begitu pasrah yet being ambitious dalam kehidupan. kalau ada masa; korang boleh tengok beliau "share" revolusi tahun baru beliau ni. walaupun ramai "haters" yang kata beliau plastik dan berlakon masa buat video. aku tak kesah pun. bukan kehidupan peribadi beliau yang aku nak "digest" tapi cara beliau berfikir tentang kehidupan.

revolusi yang bagi aku nombor dua dan nombor tiga tu adalah revolusi aku jugak. revolusi untuk mencari diri sendiri yang sebenar. revolusi yang bagi aku bukan nak ikot cara beliau. revolusi mencari diri sendiri ni ialah aku nak cuba perbaiki hubungan aku dengan Allah SWT; mungkin kerana aku alpa almost 2 tahun ni menjadikan hidup aku agak kucar-kacir. jadi, terbitkan pelangi dalam diri dan belajar untuk menjadi lebih sabar dan tenang dalam kehidupan. wallahualam. 

revolusi untuk "slowdown". aku seorang yang kelam-kabut. always bila kelam-kabut; even berkuantiti kerja yang aku hasilkan. tapi masih belum mencapai kualiti keupayaan aku. dengan tidak memberi ruang untuk berfikir adalah tak bagus untuk aku sehinggakan kebanyakan keputusan aku adalah keputusan yang salah. so, jika ada kontraktor even consultant beri aku sesuatu "task" atau keputusan yang perlu, aku akan ambil masa untuk berfikir dan menjaga perkataan apabila memberi pandangan. itu adalah perkara yang dinilai dan dihebahkan oleh orang lain. aku belajar tidak mahu memberi "feedback" terlampau melulu sehingga menyebabkan salah faham yet orang lain ambil kesempatan berkenaan dengan pendapat dan pandangan aku. wallahualam.

revolusi nombor satu tak kot. sebab aku bukan "public figure". jadi aku cuma perlu jauhkan handphone di tengah-tengah malam supaya aku tak ketagihan Candy Crush. tu je kot. aku memang charge handphone  far away from bed. aku guna jam loceng kuno untuk set masa berjaga.

alhamdulillah. aku dah tak terjaga tiba-tiba selalu. dulu kerap terjaga pukul 0100 pagi then 0300 pagi then 0430 pagi then pagi esok aku sendiri lembik. dengan menjauhkan barangan elektronik dengan diri waktu tidur membuatkan aku lebih segar menikmati kehidupan pagi. wallahualam.

tu je lah nak share hari ni.

salam sayang semua. adey-chiau.




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.