Pengikut (Blogspot)

Isnin, 27 Januari 2014

memancing petang

hello semua, selamat tengah hari...

terasa rock pulak hari ni. biasalah mood lepas Anugerah Juara Lagu memang macam ni. macam aku pulak yang bertanding kan? haha!

semalam dekat-dekat nak senja dalam pukul 0615 petang, Encik L ajak lepak pegi memancing kat Tasik Kota Puteri; naik kereta 5 minit je dari rumah. aku yang dah macam "cacing kepanasan" kat rumah yang dah golek sana; golek sini tunjuk perasaan boring aku terus melompat-lompat nak ikut. hekhek.


Favorite location memancing

setiap kali aku pegi tasik ni dengan Encik L mesti beliau drive ngam-ngam berdepan dengan signboard "Tasik Kota Puteri" sebesar-besar alam yang sampai boleh menerbitkan fenomena pantulan kat dalam tasik tu. mungkin nak budget romantik. aku je rasa macam tu kot. tapi aku rasa kat sini lubuk. tu pasal selalu Encik L drop kat sini.

tasik ni sebenarnya detention pond untuk perumahan Tasik Puteri yang dibangunkan oleh PKNS. ada fasa yang dah siap dan ada fasa yang belum. kolam ni aku anggarkan sebesar 8 ekar yang lengkap dengan lima buah culvert (longkang) beroperasi sebagai air keluar-masuk yang merupakan salah satu sistem menakung air dan mengelak banjir. wallahualam. 


Sekumpulan burung jalan petang

kalau korang boleh nampak ada beberapa kawan burung sedang menghayati kesedapan anak ikan dalam tasik ni. handphone aku kalau zoom dekat nanti, pelik pulak gambar dia. haha. Encik L estimate, dalam kolam ni ada ikan pikok base. estimate bukan sebarang sebab beliau kata masa kolam ni bukak memang pihak pembangunan dah lepaskan ikan tu dalam kolam ni. 


Encik L layan casting

okey. hanya boleh ambil gambar dari jauh. Encik L konon je macam adventure konon-konon tak kesah bawak aku kat tempat-tempat macam ni kan. tapi korang memang silap la. aku tak boleh lansung nak dekat dengan tebing okey. nanti jatuh bagai-bagai. aku duduk dalam kereta diam-diam. jangan buat nakal-nakal. hakhak. 

kalau korang boleh perhati ada bulatan-bulatan yang membentuk di sekitar air yang tenang. bulatan tu lah gugusan anak ikan. Encik L memilih "casting" di tempat bukan burung-burung yang "casting".


Landing down - Firefly di Subang Airport

di kawasan yang luas jika nampak kapal terbang mesti nak lambai-lambai kan? tu je hiburan yang aku ada masa ni. masa memancing cakap kena bisik-bisik nanti ikan lari. errrm, yelah!

Rapala Ikan Hijau

akhirnya rapala ikan ni bertukar ganti dengan rapala udang. mungkin ikan-ikan hari ni teringin nak makan udang. who knows? hahaha.

Sekawan burung yang lain (kalau nampak la)

kalau tak nampak burung pun tak pe. anggap je lah aku sedang menghayati senja dan bagi warning supaya balik. lepas gambar ni terus handphone aku buat perangai habis bateri.

beberapa minit lepas gambar ni, Encik L dapat tangkap seekor ikan haruan. 200 gram ade kot. huahua. aku yang lebih excited. Encik L tanya "nak makan ke ikan ni?" aku blur. aku cuma angkat-angkat bahu.

Encik L decide bawak balik sebab ikan haruan kan boleh buat ubat. tapi bile sampai rumah, Encik L lepaskan dalam parit. memang gitu lah tebiat Encik L. 


from Big Sport Fishing game

kehkeh. pagi tadi bila godek-godek android tengok Encik L dah berjaya dapat tangkap ikan "swordfish" dalam game kat atas tu. rezeki baik kot semalam.

selalunya macam ni lah cerita ahad hujung bulan. zaman tengah susah ni. okey. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.