Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 18 Januari 2014

kongsi-kongsi buku & majalah

hello semua, selamat pagi...

sesejak suami bekerja awal pagi. aku pun awal pagi. sila ucap tahniah kat aku. kihkihkih.

pagi ni takde meeting, Ncik Bos Botak ada urusan kekeluargaan iaitu melawat saudara meninggal dunia. begitu yuhu-yuhu dalam hati ni. sampai guling-guling kat lantai ofis tadi. hakhakhak. puas?

minggu lepas, waktu Ncik Bos Botak mengamok dalam meeting berkenaan dengan syarikat rugi sekian-sekian masa audit Jun 2013; beliau menerangkan bahawa punca kerugian berdasarkan penelitian auditor adalah berkenaan dengan tiada perhubungan (link) antara engineer dan akauntan dalam proses "purchase order", "tendering" dan "account". bile ayam dan itik berhubung akan menyebabkan beberapa kekangan pemikiran dan bile tersilap langkah; memang tersadong. 

aku macam pernah dengar apa yang diperkatakan oleh Ncik Bos Botak pasal benda alah ni dalam kursus "Building Maintenance" tahun lepas. masa tu aku siap beli buku lagi tajuk "Financial Modelling for Engineers and Consultant". promosi punya pasal. 

then, aku tak baca pun sebab aku ni memang tak faham pun. cerita bagai-bagai pasal ekonomi itu dan ini then relate dengan harga barangan serta strategi di pembinaan. aku bab-bab design pun terkangkang lagi. ni pulak nak cerita pasal ekonomi? giler ai. memang belum sampai tahap aku untuk buat semua benda alah tu. aku pun biar je la terperap. mana tau sedar-sedar jadi ayam percik. kihkihkih.

semalam, aku tengok buku tu menyemak atas meja. aku pun ambil dan mintak budak praktikal bagi buku tu dekat Ncik Bos Botak. mungkin beliau lebih memerlukan dari aku. errr? haha!

tadi lepas aku jumpa beliau dalam bilik. sebab nak install-kan "Whatapps" kat handphone beliau yang lepas format. aku tertarik pada satu majalah "The Ingenieur" edisi September 2013 bercerita pasal rumah flat bagi orang yang tak berkemampuan. 

lepas install segala bagai, aku pun cakap kat Ncik Bos Botak. nak pinjam baca. beliau yang baru habis sandang beg tu, tiba-tiba keluarkan buku yang aku bagi semalam. beliau tanya;

Ncik Bos Botak : Mas, buku ni siapa yang tulis?

Aku : ada nama prof. ape ntah. kat belakang tepi ni (selak tempat yang berkenaan)

Ncik Bos Botak : oo Melayu. mana kau dapat buku ni?

Aku : masa kursus bos bagi free last year; under GBC (Guild Bumiputera Contractor)

Ncik Bos Botak : ooo, kau dah habis baca ke belum buku ni?

Aku : belum, sebab saya tak faham ape die cakap.

terus terbahak orang tua tu gelak. lepas tu ade pulak kawan UMNO dalam bilik boleh bahan aku cakap aku ni selamba je bagitau Ncik Bos Botak yang aku tak faham.

hahaha. nak buat ape sorok-sorok benda yang kite tak reti. ye kan?

malas aku nak dengar ape diorang bahan aku. terus aku keluar dari bilik tu. hakhakhak. saje berkongsi pasal Ncik Bos Botak. elok la pun hari Sabtu ni. kehkeh.

adey-chiau.

p.s : malas nak amek gambar buku tu.


12 ulasan:

  1. huhu.. tkpe.. kot byk kali bc leh fhm ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak faham kot.

      dan takde masa sangat sebenarnya nak faham...

      hihi

      Padam
  2. En bos ko pergi ikut TPM beli barang daput kt NSK. TPM dah nk kuar baru dia sampai. Tu lah... dulu marah aku dtg lewat, skg apa dah jadi.... terkejar2 jawatan dia ikut TPM gi pasar borong plak... apa saja lah labu. Saya gi minum nescafe ais lagi baik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. late better than never la kire situasi ni...

      ncik jgn lupa belanja saya nescefe ais satu...

      terima kaseh.

      Padam
  3. Ya, baik ngaku kita tak reti dari buat buat reti. Huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. smpai bile kite nk pretend buat reti...

      tk kesudah la jawabnye...

      hehe.

      Padam
  4. kekeke...buku yg xfaham mmg liat nak baca n langsung tak baca...
    buku tu kiranya bermanfaatlah bagi ncik botak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tk sure manfaat ke tidak...

      tu je trmmpu aku bg kt company ni...

      hihi.

      Padam
  5. Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

    BalasPadam
  6. betoi betoi betoi, tak paham cakap jer tak paham, kang buat2 paham ditanya kagi detail, naya. hehehe

    BalasPadam
  7. ok...tahniah berjaya bangun awal pagi!

    BalasPadam
  8. Betul juga daripada kata ok dibuatnya Ncik Boss tanya apa isi kandungan tak dapat nak elaborate lagilah malu. Biar Ncik Boss yg baca sendiri kalau dia nak tahu isi kandungannya..

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.