Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Rabu, Januari 15

cinta tahun baru (4) - makin aku cinta

hello semua, selamat petang...

Allah SWT tidak akan menghampakan hambaNya yang sudi dan rela bersujud untuk memohon sesuatu hajat. hajat naif sebagai manusia biasa yang mendambakan kesenangan untuk hidup di atas dunia ini. 

hanya satu yang paling aku berterima kasih Ya Allah. kau kurniakan aku seorang lelaki yang walaupun tidak begitu sempurna dalam menjalani kehidupan duniawi; namun kau lahirkan beliau sifat syukur yang tinggi dalam dirinya dan mengajar aku apa itu sebuah kehidupan. wallahualam.

aku tahu aku terlampau naif dalam hidup untuk mencoretkan apa yang aku coretkan ni. aku tahu aku terlampau mentah untuk beberapa pertimbangan dalam kehidupan. 

aku juga sememangnya tahu, garam aku terlalu sedikit untuk aku kongsikan dengan semua. aku hari ni amat bersyukur. tu je aku nak nyatakan.

walaupun Kau kurniakan beliau yang tidak sempurna; namun sangat menjaga kebajikan aku. terima kasih Ya Allah SWT.

aku tahu, jika aku mahu sebuah kereta antarabangsa buatan jepun untuk masa sekarang ni. aku tidak mampu memilikinya dan beliau tak mampu menghadiahkannya. namun jika kereta yang menggerakkan kami ni rosak, aku tahu beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya. dan beliau secara tak langsung membetul dan membaiki kerosakan yang ada. dengan tangan beliau sendiri. adakah aku masih tidak mahu bersyukur kepada Dia atas kurniaan ini?

aku tahu, jika aku mahukan bilik yang berhawa dingin. sudah tentu kami tidak mampu membayar bill bulanan. malah kewangan kami masih belum kukuh untuk memiliki sebuah penghawa dingin. tidak kah aku hina jika aku tidak bersyukur dengan inovasi kipas dalam komputer bertukar menjadi "blower". lima "blower" kecil digabungkan menjadi satu medium aruhan udara semulajadi yang menyejukkan bilik tanpa kehadiran penghawa dingin. Ya Allah, nikmat yang manakah aku sia-siakan?

aku ni hina jika tidak bersyukur. jika aku merungut tidak mampu menjadikan ikan bawal sebagai sajian masakan harian tapi beliau berhempas pulas memancing mendapatkan ikan pacu; klon kepada ikan bawal (versi air tawar) untuk aku. hanya untuk aku dan hanya kesukaan aku. tak layak kah beliau menjadi suami aku? tidak layak kah aku menjadikan beliau sebagai rasa kasih hormat aku?

masyarakat hari ni memandang dunia. memandang kerjaya dan memandang pangkat lebih daripada memandang tujuan kehidupan ini hanya untuk kematian. 

hanya untuk kematian yang melambai-lambai kita. aku jahil, aku alpa. aku bukan penurut perintahNya.  

namun satu perkara yang aku pasti, setelah dikecam-hina dan melalui getir-getir hidup enam bulan kebelakang. ia menjadikan aku seperti aku hari ini. 

aku tahu; masa lampau tidak dapat aku ubah. masa depan, aku hanya boleh redah.

ini hanya luahan hati setelah apa yang aku lakukan ni ibarat melawan arus.

ini adalah sebuah kehidupan. adey-chiau.



p.s : kehidupan yang pertama bukan kerja. itu yang aku belajar untuk tahun ni.


15 ulasan:

  1. Balasan
    1. insya-Allah khel...

      awak pun kena teruskan hidup jugak kan?

      Padam
  2. Good luck dalam menjalani kehidupan dunia yang sementara. DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kaseh reen...

      selalu suka dengan sokongan kau...

      Padam
  3. apapun dugaan kita kena bsyukurkan..
    awal tahun ni, ade satu benda yg buat nur jatuh rebah..
    tp bila difikir2kan balik....syukur.
    sbb masih ada yg sayangkan kita.....

    kita sama2 tabah ye punzel...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe...

      ni la masa utk nur bangun semula kan?

      Padam
  4. Alhamdulillah...bgus2...harap2 lpas ni semua run smooth...
    Luahan ni jd after a long conversation i guess...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde makna nak bincang baik-baik dengan lokman...

      ada benda yang lebih besar terjadi, yang membuatkan kitorang lebih berhati-hati dalam jalani kehidupan ni.

      tak semua orang boleh ditolong dalam dunia ni.

      at the end, bila aku susah macam ni; ada sesiapa tolong bantu?

      takde.

      hahaha! hanya mengharapkan BR1M kerajaan!

      Padam
  5. Kesedaran atas nikmat Allah ini tanda kesyukuran yg tidak terhingga. Lebih baik yg sedar dari yg tak sedar atas nikmat diberi. Moga en L terus menjadi pembimbing dan ketua terbaik buat keluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harapan saya lebih besar.

      semoga Encik L mengajar saya akhirat lebih banyak dari dunia...

      wallahualam.

      Padam
  6. apa pun, satu hari pasti mati... betul tak?

    BalasPadam
  7. blog dah kerumahtanggaan dah back ground dia. Santek.

    Puan punzel, aku pun ada cerita kesyukuran begitu tentang suami aku, tapi aku tak reti nak mengarang mcm ko buat ni. So, aku simpan je la.. mmg bila ada masanya dia melengkapi apa yang kita perlukan, bukan apa yg kita mahukan, aku rasa sangat tersentuh dan rasa nak ngs. serius. aku pun selalu rasa apa yg ko rasa ni.

    err, nak tempah blower tu boleh? aku pon nak pakai ekon tapi tak mampu.. please.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jap-jap... ko menangis baca entri ni or ko menangis teringat mr agzhul? huhu

      *blower tu actually aku dah convert jadi kipas untuk laptop.... haha!

      Padam
  8. aku terima nikahnya...

    moga2 korang berdua aman bahagia selamanya
    dunia dan akhirat

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.