Pengikut (Blogspot)

Khamis, 9 Januari 2014

cinta tahun baru (3) : harapan itu sudah jadi palsu

hello semua, selamat petang...

lama jugak tinggal blog dan kemudian tulis blog. aku tak tau la aku perlu tulis blog lagi atau tak. aku suke tulis blog dan aku nak jadikan cerita ni hanya cerita untuk dibaca. jika dikritik sekali pun, ia berkenaan dengan hidup aku; manusia biasa yang selalu menjalankan kesalahan-kesalahan atau dosa tak kira kecil atau besar. 


31 Disember 2013

aku tiba-tiba datang bulan sekali lagi. selepas aku baru bersih dua minggu sebelum tarikh ni. aku sebenarnya risau. yelah, waktu belum kawen aku rasa aku takde nak risau mana kalau datang bulan. mungkin hormon diri sendiri yang tak stabil. tapi bila dah kawen, dan ada niat nak mempunyai zuriat sendiri aku jadi alert benda-benda alah ni.

aku ke klinik. dengan harapan aku akan dapat pill yang diberi nama ubat atau aku akan dicadangkan dengan jamu-jamu yang terhangat di pasaran. owh man! haha.

tapi bila aku terangkan simptom kepada doktor itu; doktor ucap tahniah dan mungkin aku mengandung. 

aku yang masih datang bulan dengan melopong kata errr???

doktor menjelaskan aku fakta dan memberikan aku satu set "pregnancy test" untuk digunakan selepas datang bulan itu pergi ke bintang. huahua. kering la maksud aku. 

aku yang masih dalam kebingungan; yang kekeliruan menelefon Encik L. dengar suara happy jawab pertanyaan aku yang betul-betul gusar time tu. Encik L tak lah tunjuk excited mana, tapi bila dah jadi suami ye tak. ko tau la dari suara boleh nampak tengah senyum. 

01 Januari 2014 hingga 04 Januari 2014

masa ni banyak cuti. aku banyak spend time dengan Encik L. tahun baru sempena anniversary dengan takdak gaji kami hanya ambil angin dan pusing kampung Encik L sambil minum petang keladi goreng nipis-nipis. 

isu ni diperkatakan. harapan yang diluahkan sehingga Encik L nak tambah ayam. oh lupa, kami ada bela 10 ekor ayam masa kami "total lost" 6 bulan lepas. Encik L cakap, kalau nak kenduri nanti senang. boleh sembelih je. 

tapi harapan yang diletakkan buat aku yang poyo dan excited. Encik L dah pesan, jangan harap kat benda yang tak pasti. kalau aku frust nanti aku jugak yang kena marah balik. 

lansung aku tak peduli. 

04 Januari 2014, memang aku tak boleh tidur sebab aku ada kerja nak buat. Encik L yang lena dibuai mimpi mengigau-ngigau pasal baby. 

aku lah manusia paling nervous time tu. aku rasa macam aku dah beri harapan yang terlalu pada Encik L tanpa aku sedar. 

05 Januari 2013

pagi-pagi aku dah bangun. semata-mata nak pegi buang air kecil. standard jadual hidup aku untuk hari Ahad ialah hari bermalas-malasan.

bila aku test, bacaan T adalah kabur. 

kemungkinan ya atau tak. 

biasalah lelaki, Encik L cakap mungkin ya. 

aku dan Encik L tak pernah beli "pregnancy test" selama beberapa bulan kawen ni. kami hanya berserah pada Maha Mencipta je. 

bila doktor yang sahkan. tu yang kelam kelibut nak beli lagi satu. 

tapi tak direct test. untuk orang yang duit bersekat ni. aku sangat sayang nak habiskan nilaian sepuluh ringgit untuk result yang pasti tak pasti. doktor kan suruh test pagi-pagi. 

06 Januari 2014

pagi-pagi jugak aku bangun. check dan jawapannya hampa.

Encik L suruh aku pegi klinik. this time memang aku dah patah hati dah.

dengan rasa caring, Encik L teman aku pegi klinik. tapi masalah pulak sebab klinik tutup.

hampanya bertingkek-tingkek. hehe.

07 Januari 2014

setelah menjalani hari yang panjang. yang mana di Bulatan Selayang ada orang accident putus kepala. traffic jammed merata-rata. kemudian kereta aku tiba-tiba berasap; kipas radiator tak berpusing. 

setelah meredah tanpa aircond menjejak ofis kembali. aku pun ke klinik, nak buat conformation dengan doktor. 

doktor pun bagi jawapan yang sama; ape yang aku test before ni.

sebenarnya, aku tak sedih mana. i am good. jelas lah, semua ni kerja Tuhan (Allah), doktor tu perantara je. percaya kepada Kekuasaan Dia lebih baik berbanding semua. kan?

setakat tu je cerita hari ni. let it go, set me free. mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. 

sampai sini dulu, adey-chiau.




p.s : dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu, kerna separuh aku, dirimu... [Separuh Aku, Noah]




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.