Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 4 Januari 2014

cinta tahun baru (2) - nescefe ais

hello semua, selamat malam...

sunyi malam ni. sepatutnya aku ditemani idea-idea yang sedang bertebaran entah mana. Encik L yang penat melayan kerenah aku atau lebih tepat lagi bebelan aku telah lena dibuai mimpi. 

petang tadi; sepetang kami habiskan masa kat Tasik Kota Puteri. aku yang melayan perasaan untuk melepaskan tekanan satu minggu sambil melihat Encik L melempar-tarik tali tangsi yang cuba menjinak-jinakkan ikan pikok base. walaupun hasil dan teori beliau hampa, cukuplah untuk bagi otak aku segar malam ni. haha!

sekarang aku pingin nescefe ais. mana ia, mana????! 

petang tadi Cik Shida dah belikan kat mamak tapi rasa macam nak minum lagi. semalam adalah dahsyat sebab bermula dengan aku layan video MichellePhan yang sedang minum latte. kemudian aku rasa macam aku teringin nak minum air vanilla-cafe pokka kemudian aku menginjak ke nescefe ais. 

nescefe ais. aku mintak kat Encik L. tapi buat penat je mintak bile sibuk merengek boleh tanya soalan bengong seperti "sayang nak sekarang ke?'

aku pun geleng. tapi sebenarnya aku merajuk. lepas tu aku tertidur. 

bile terjaga tengah-tengah malam. aku ingat balik nescefe ais. tapi Encik L takde kat bilik. gelabah menggelipit kot aku cari kat mana. rupanya lepak dengan member. siot, bukan nak kejut kat aku inform. buat dada aku berdebar-debar. 

wah. sedapnya nescefe ais. 

bila Encik L balik, aku tanya nescefe ais ada mana. Encik L cakap yang muka cukup bengang dengan permintaan aku tanya "ada order ke tadi?"

masalahnya aku nak rasa nescefe ais!

sekalian aku tidur memikirkan nescefe ais. hell ya??

bangun pagi pun memikirkan ia. 

bila minum rasa lega. 

ni sekarang tengah haus. teringat balik kat nescefe ais petang tadi. rasa nescefe yang nipis dengan ramuan susu cair yang sekata. kemudian ditambah dengan jumlah ais sesejuk tekak merasa. 

errr. gile sedap. 

cukuplah cerita pasal nescefe ais. cuma teringat pasal entri yang lepas. macam mana aku boleh tangkap syok dengan Encik L macam link ni cinta tahun baru (1).

malas nak ulas lanjut. adey-chiau.



p.s : tak sambut pergi mana-mana pun. pergi taman arnab belakang rumah belanja masuk ringgit dua seorang. cukupla sekadar mampu. hikhik.





21 ulasan:

  1. Weewit... cinta nescafe ais, buat aku teringat cinta kopi dan coklat yg pernah aku karang dulu dulu. :3

    Aku lagi suka Neslo! yeah!

    BalasPadam
  2. ala..siannya dia.. bunyi mcm mengidam da.. ;p

    BalasPadam
  3. kalau isteri saya membebel, sudah pasti saya akan bebel kat dia balik... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahua...

      ni kalo kite bebel, elok je buat tak layan tidoo...

      Padam
  4. hehe, tak dapat terus merajuk, pastu tidur...atototo comel pula , memang camni ye pasangan baru khawin...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah la nae...

      rasanya aku je yg suka emosi lebih-lebih.

      Padam
  5. Uih..peminat nescafe ni..hehe..sya klu minum nescafe gerenti pening2 lalat snpai kemlm..ngeh..ngeh...

    BalasPadam
  6. amboii..siap gambarkan kesedapan nescafe ais tu...saje bagi nur terliur..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap kan?

      lagi2 kalo lebih susu...

      peeerrgh!

      Padam
  7. hehe..macam mengidam je..tapi jangankan orang mengidam..yang takde apa2 ni pun kekadang teringin melampau-lampau..macam i recently..melampau-lampau teringin teh tarik..pagi teh tarik..tghari teh tarik..malam teh tarik..haisy...jenoh nak handle

    BalasPadam
  8. kali ke dua baca pun rasa aumm lagi..
    sedap nye :'(
    i'm craving for teh ais..
    entry kak punzel ni buat saya rasa nak makan ngan minum byk mende ni..
    kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhuhu....

      tp payeh, nescefe ais ttp di hati

      Padam
  9. sebelum ni ko mmg suka nescafe ke tak? aku dulu masa peknen je teringin yg luar dari kebiasaan. Tetiba aku suka minum kopi. Suka makan nasik kerabu. Suka sambal belacan. Biasa2 aku tak suka. So, aku rasa ko peknen. K bai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku minum je nescefe before ni... tp aku jarang minum nescefe ais.

      fav aku 2 in 1 yang panas-panas.

      tp td aku check aku tak pregnant.

      kbai.

      haha!

      Padam
  10. Macam ini gaya kalau mengidam kelak jenuh En L nak mencari yg diidamkan.
    Takat nescafe ice tak apa lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahua...

      die tk layan kite pun kalau mengidam...

      Padam
  11. hahahaha.. nescafe ais ehh.. sedapnyer! lagi2 kalo teringin pastu dapat, memang nikmat lah! tapi sy lebih suka neslo ais.. nyumm2..

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.