Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Isnin, Januari 20

berdiri memetik bintang

hello semua, selamat petang...

sibuk aku dari pagi buat drawing dan tengok-tengokkan Adik Atikah untuk projek sekolah agama. rasa macam tak sihat jugak. batuk mengada-ngada buat kepala aku pening.

singgah blog ni untuk "share" satu ungkapan yang aku selalu hafal dan tulis kat buku. dari aku tingkatan empat sampai sekarang. and yet finally; benda ni kena kat batang hidung sendiri. mungkin kata-kata ni boleh menjadikan aku separa kuat sekarang. haha!

Manusia apabila sudah berdiri, sudah terasa mampu memetik bintang di langit. Namun di antara mereka itulah; kita jatuh tertiarap. Bila begini, baru kita sedar bahawa dengan hanya berdiri kita tak mampu menggapai apa-apa.

di saat tiada harta untuk dibelanjakan. tak kira untuk diri sendiri atau kebajikan. di saat tiada nama untuk dibanggakan. tak kira kepada keluarga atau kawan-kawan. tiada sesiapa pun disisi, di saat aku jatuh. aku telah hilang semuanya.

syukur aku masih ada Allah SWT yang mensusur-galurkan kehidupan baru aku dan aku redha. adey-chiau.

16 ulasan:

  1. Lame tak dengar ayat tu....hahaha...dlm buku ai pun ade jgak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lg 1...jangan lemas di laut sndr...hahaha...ingat lg tak?

      Padam
    2. ooo...
      yg tu dh lama dh aku tk pakai...
      smpai dh lupa...

      haha.

      Padam
  2. Balasan
    1. yup, ketenangan yang paling bermakna dalam jiwa...

      Padam
  3. bila berdiri
    kurang2nya senang kita nak tekan suis lampu
    terang pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sampai memetik lampu pun maseh alhamdulillah...

      Padam
  4. tak faham.. T_T
    Tapi nak share kan satu pepatah ni;
    Sasarkan pada bintang, kerana, andaikata jika tidak sampai ke bintang, sekurang-kurangnya ia masih jatuh di bulan dan bukannya tersungkur terus ke bumi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. suke dengan kata-kata kak nanie...

      tp kata-kata ni hanya beringat-ingat yang dalam mengejar bintang, kita masih kena ingat yang kita ni masih ada di bumi dan kita hanya berdiri takde ke mana-mana.

      Padam
  5. Alhamdulillah ... kita masih diberi rahmat kesihatan . tak perlu menggapai bintang yang tinggi ..... yang di bumi ni pun dah banyak rezeki utk kita .... biarlah kita jadi insan biasa2 sj ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika rezeki tu ada di langit, maka turunkanlah.

      jika rezeki tu ada di lautan, maka daratkanlah.

      jika rezeki tu ada di dalam bumi, maka keluarkanlah...

      wallahualam.

      Padam
  6. amboih, tukar lagi bekgraun. Minat betul minum kopi.

    Aku kalo kata2 puitis ni aku agak tak dpt blend. Jiwa sastera aku tak cukup kuat kot.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.