Pengikut (Blogspot)

Khamis, 19 Disember 2013

review buku big bad wolf

hello semua, selamat tengah hari...

ni adalah benda yang aku berhutang nak cerita dengan Akak Dari Bintang; apa yang aku beli masa kat Big Bad Wolf hari tu. actually aku tak beli banyak benda pun. sebab kat situ kan banyak buku budak-budak. kihkih.

ni pun bilangan yang telah di-sort oleh Encik L; masa kau tengah gile pilih buku-buku. tajuk truck pun boleh jadikan minat untuk dibaca. tapi bila dah kena sort; ini je lah yang mampu digapai oleh aku.

Encik L buat muka bila aku nak ambil buku masakan; cupcakes, deserts dan bla bla. dengan fahaman aku dari sinar mata itu mengatakan bahawa 'ko bukan reti masak pun!'

hak hak. sikit pun aku tak hati kuntum bila Encik L fikir macam tu. memang tiap minggu aku masak; beliau tak panggil masak tapi suka cakap 'hoi, buat eksperimen ke kak?' hahaha!

dah tercerita benda tak patut pulak. jom tengok gambar kat bawah. 

Nilaian Enam puluh Enam Ringgit


secara jujur, aku belum baca pun buku tu. dari hari pertama beli. kahkahkah. dengan kekangan kesihatan dan kesibukan aku belum pasti; ape yang aku beli. cuma usha-usha gitu je.

1. Toughstone of Design (RM 25.00) - buku berkenaan dengan rekabentuk menara-menara di sana sini. memang rekabentuk yang susah kerana menggunakan glass dan besi. agak sesuai bila nak cuci-cuci mata dan berfikir luar kotak. ni buku kegemaran Encik L. tengok-tengok gambar bangunan tinggi-tinggi. tengok je la pun. haha.

2. Design for Aging Review (RM 15.00) - tengok design apartment dulu-dulu atau clusters; orang putih punya mengikut requirement AIA. AIA pun aku taktau maksud die ape. main pakai beli je. hukhuk.

3. Eat People (RM 8.00) - buku berkenaan dengan strategi business untuk makan orang. entah ape isinya. yang aku tau pendahuluan pun ada tiga bab. banyak mengaitkan teknologi dengan kekayaan. memberi ideologi berkenaan dengan strategi dan pemikiran manusia. ni buku pertama yang aku sentuh sebenarnya. 

4. Supaya Poket Tidak Kosong (RM 5.00) - bercerita tentang bagaimana untuk berjimat berbelanja harian. mengikut perpsektif penulis. mengajar macam mana nak isi ledger. lebih kurang macam tu la isi kandungan buku ni. 

5. Sembuhkan Virus-virus Bisnes (RM 5.00) - cara untuk bangun dari kerugian dalam bisnes. tu pun yang kami berdua tengah hadap. tapi dah beli pun belum baca lagi. haha!

6. Sketch book (RM 8.00) - sketch book walau pun gambar merak; tak berapa menarik sangat tapi kulit keras if beli tanpa sale mencecah harga puluh ringgit. sebab tu la amek satu.

ni je yang aku beli masa tu. dan mungkin kalau datang lagi next year; aku kena bersedia.

babai. assalammualaikum.



p.s : berimpian kalau boleh ada rak buku tinggi penuh satu dinding. lalala ~!






Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.