Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, Disember 5

prinsip kerja

hello semua, selamat pagi...

pagi-pagi lagi mood aku dah marah. marah sangat. semalam punya cerita memang membekas kat hati aku. 

aku ni tahu; aku tak sempurna. dengan keluarga pun masalah. dengan kerja apetah lagi. 

tapi aku punya prinsip kerja senang je; takde nak memburuk-burukkan orang lain. sekelumit pasal orang pun aku takkan cerita buruk beliau depan bos. tolong faham sikit bhai. kite nak kerja lama, kalau nak burukkan orang sorang-sorang dah la. jangan libatkan orang lain. 

oleh sebab sifat kau yang mengadu domba tak kena pasal. dan disebabkan manusia tu dah attack ko tepat kena muka kau. bos pulak cuba back up kau. bos tak puas hati sebab kau asyik kena je. 

tibe-tibe bos tuduh aku pulak yang cakap manusia tu buat salah. kenapa pulak aku terlibat dalam mulut kau yang mengadu kat bos? aku tak akan cakap buruk orang kat bos.

sebab tu jugak manusia tu yang dah kembali okey dengan aku. kemudian masam muka balik.

eh, selama ni aku kerja, aku datang lambat. aku submit kerja lambat. sikit pun aku tak jatuhkan orang lain. aku tak bercakap buruk-buruk pasal korang depan bos. 

aku cuba naikkan korang mana prestasi korang yang baik. tapi aku takkan sesekali burukkan korang jika korang memang buruk. paling basic bile bos tanya aku diam je...

kite ni nak nilai orang, pandang balik diri kite ni. sempurna ke tidak kerja kite?

tip top ke tidak prestasi kite?

mana kata-kata "kerja" kita yang memberi sumbangan bermakna pada company. 

bukannya mencari salah orang lain untuk melepaskan diri sendiri. 

dan bukan menceritakan segala benda yang tak wajar untuk bos tahu kepada bos. sebab bos tu penilai. bos keluar duit. beliau akan nilai setiap kata-kata anak buah beliau. 

kau tu ibarat sedang menghancurkan periuk nasi orang lain bila cakap macam tu. bila kau cakap orang itu ini tak kena depan bos. aku dah tahu topeng kau sebenar. kau pun bercerita tentang buruk aku kat bos. yelah, kau kan sempurna.

ada mulut tu beringat-ingat lah. 

kau nak kerja or tak kerja. takde orang amek tahu pun. semua orang yang penting dapat selesaikan "task" sendiri dengan jayanya.

tu je kepuasan dalam kerja.

panjang kan cerita aku hari ni.

aku dah penat. bertambah penat. jika aku dah tak boleh kerja sini; aku akan carik jalan untuk melangkah.

assallamualaikum.


p.s : sabar orang tu ada had nya sebab semua orang ada prinsip masing-masing. tu yang kau kena belajar




12 ulasan:

  1. haa tu dia,.. sabar yang.... sabar. Tak guna gaduh sakit hati ngan orang macam ni sebab itu yang dia nak tengok. Memang...sakit hati, tapi sabar jer la yer.

    Btw baju bajan kitorang, I pack mana yang perlu jer la, tapi tension pk kan untuk JJ ni, depa kata sejuk sebab ujan, kang I bawak balik baju sejuk dia kena gelak jer kang. hahaha chill k.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang skang musim hujan dan banjir...

      tapi takya la sampai kena pakai baju bulus...

      hekhek.

      Padam
  2. Mulut manusia susah nak ditutup Mas. Tapi sebagai ketua/bos kena alert dgn persekitaran pekerja. Kalau kakak A kata B dan B kata C, kakak akan kata awak buat kerja awak biar dia buat kerja dia. Yg penting semua kena beres. Jgn create masalah dlm kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. menambah huru-hara adalah...

      semua bnd semua orang nak kena ambil tahu...

      susah jugak ler nak survive kat sini...

      sedih je bile dituduh mcm tu...

      tak kena kat batang hidung diorang, boleh la diorang buat gelak...

      cuba kena kat batang hidung sendiri...

      Padam
  3. jangan kita ikut sama dengan melayan orang yang bersifat macam tuh.... buat tak tahu je... orang yang macam tu biasa lama lama akan makan diri dia balik dengan sikap dia tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tunggu makan diri, perut aku pun dah lapar dengan semua tu...

      bukan sekali aku terkena, dh 2 3 kali kot...

      ape masalah die aku taknak tau...

      tp jgn ganggu la periuk nasik orang...

      Padam
  4. time2 gini la yang membuatkan hati give up nak resign. patut la ko bengang je kebelakangan ni.

    8- masalah suka ketap gigi tu kadang2 berlaku jugak pada aku dan asben. masih takde penyelesaian. kekeke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.

      banyak masalah gak aku kena hadap lately.

      tp aku setiap hari berdoa semoga semua yang aku hadapi ni sebagai dugaan untuk menjadikan siapa aku untuk masa akan datang...

      errmm...

      8- masalah tu menyebabkan aku terjaga tersentap malam-malam. hakhak.

      Padam
  5. luahkan, luahkan... moga reda skit kemarahan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu ofis back up die kot...

      kesian budak baru kan?

      baru ape?

      dh setahun setengah dah keje sini...

      takkan tak tau sensitiviti orang lain?

      Padam
  6. manusia ni kekadang tak sedar salh sendiri ... huu. Sabar ya. Anggap je ni ujian.

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.