Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 13 Disember 2013

perihal ketam

hello semua, selamat tengah hari...

makan kari daging Kak Hawa. aku dengan penyakit biasa aku. sakit belakang. buat kerja pun lembab macam siput.

sebut pasal siput, aku teringatkan ketam. err, ada kena mengena tak? haha.

Encik L suka cakap aku ni ketam. sebab ajar orang tapi aku sendiri tak praktis benda alah tu. alah bagi aku semua orang dalam dunia ni ketam. nak ajar anak jalan lurus tapi die pun jalan senget gak. haha.

berbalik kepada ketam tadi. kenapa ketam tak boleh jalan lurus? soal Encik L kepada aku. errm, soalan minum petang yang memang aku takde jawapannya.

aku pun jawab dengan jawapan kaki die ada banyak empat kiri dan empat kanan. melengkung ke bawah pulak tu. so, sudut pembukaan dia memang menyebabkan ketam jalan senget.

macam power jawapan aku kan? tapi Encik L terbelahak gelak. terus beliau suruh aku compare dengan kala jengking.

kala jengking? berjalan. jenis kaki sama keras macam ketam tapi elok je jalan lurus.

aku, err... kalah lagi.

aku pun give up. malas lah nak fikir panjang-panjang. kalau fikir bukan tau pun. 

lepas tu Encik L tanya aku balik, mata ketam letak kat mana?

mata? 

aku tak pernah tau mata ketam letak kat mana. somewhere atas cengkerang la kan kan kan?

baru aku tau mata ketam macam tu. hahaha.

Encik L berfakta dengan aku yang mata ketam letak kat sisi la buat ketam jalan senget. sebab titik temu antara dua mata tak berjumpa. jadi ketam kena buat pilihan untuk jalan senget. pilih nak senget ke kiri or ke kanan.

macam tu la lebih kurang explanation Encik L kepada aku sehingga aku melopong. 

last sekali soalan sentap, 

Encik L : result periksa bagus ko tak belajar sains ke?

aku terkedu tapi dalam hati tanya;

Aku : ko tau pasal ketam tapi kau pun sains dapat teruk masa spm.

dalam hati la tapi; spontan lepas tu 

Encik L : aku fail sebab aku keje... ko tau ape?

eh, aku cakap dalam hati je kan kan kan?

ok. tu je. adey-chiau.


p.s : kesian ketam, die kena kutuk dengan peribahasa melayu. bukan die mintak pun nak jalan senget sebab die pun ada kekurangan die. errmmm...




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.