Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Rabu, Disember 18

Ini boyot bukan pregnant

Hello semua, selamat malam...

First of all, aku tidak pregnant. Sekian terima kaseh.

Hari ni boleh cakap paling horrible dalam sejarah sakit belakang aku. Bangun pagi memang tak boleh bangun.

Aku peduli ape aku gado dengan bos. Itu bukan bermakna aku tak peduli kerja. Tp bile badan tu dah lembik, lembik jugak lah. Takkan nak paksa ye tak?

Pagi tu jugak aku pegi berurut dengan Mbok. Dekat je dengan rumah aku. Alahai lembut gila acik ni urut. Tak terasa lansung sakitnya. Walau sepatah haram bahasa jawa aku tk faham pun takpe. Berlawan-lawan sendawa aku dengan Mbok. Tapi betul-betul hilang dan lega sakit kat belikat.

Masa urut Mbok bagitau, yang aku takda isi lagi pun. Badan aku sejuk sangat. Tu senang masuk angin. Mbok suruh aku beli jamu kat beliau. Aku pun beli la. Serik betul bila badan dah lembik macam ni.

Tadi mintak m.c kat klinik pun kena ceramah kesihatan. Tak kesahlah doktor, ada betul jugak ape cakap kau tu. Macam ni baru aku respect. Ada bagi asid folik jugak.

Usaha konon nak pregnant. Ingat semua, aku belum pregnant. Haha. Harap doa kalian untuk aku pregnant; aku pun teringin jugak ada anak. Assallamualaikum.

p.s : panas pulak telinga aku bile Encik L komen pasal jamu tadi 'makanlah jamu, barulah tak boyot!'

p.s : sejak bile aku boyot??? grrrrr....

19 ulasan:

  1. Balasan
    1. semua tempat angin dah masuk...

      termasuk belikat, betis dan perut...

      tu pasal collapse tak boleh bangun...

      Padam
  2. fuhhhh... tb2 terpikir tempat mana yang ada urut tradisional ni.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade je kot kat mana-mana...

      errm, kat kampung-kampung selalunye...

      Padam
  3. kita pun selalu masuk angin..tp, kalau kita umur muda camni, belum khawin lagi, tak pa ke nak pergi berurut ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak muda kot...

      tp kite dah tua dah...

      haha...

      Padam
  4. Semoga ada rezeki buat kita bergelar ibu..
    motif makan jamu dan boyot?.. hihihi

    BalasPadam
  5. insyaAllah...moon doakan mudah2han cepat2 dapat cahaya mata...

    BalasPadam
  6. bagus sangat bila jumpa tukang urut yang betul2 pandai
    ada orang kata, kalau sukar nak mengandung juga perlu berurut
    orang kata la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah...

      ramai gak orang nasihat mcm tu...

      pah tehr kan berpengalaman?

      :)

      Padam
  7. Hahaha... gelihati pulak kakak bila en L kata boyot. Pandailah dia tu nak usik isteri dia.
    Lega kan mas bila kena urut kan. Insya-Allah doa kakak juga moga hajat utk ada cahayamata dipermudahkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruk tau mulut die...

      mcm la die slim sangat...

      Padam
  8. Faktor pemakanan dan lifestyle zaman sekarang ni pun mainkan peranan jugak bila badan kita ni makin mudah terasa lesu. Saya pun terasa makin lesu bila kerja dalam pejabat ni makin hari makin menimbun. Nak kena panas matahari pun dah makin jarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...

      duduk statik je buat paperwork. then keluar untuk drive perjalanan yang panjang...

      errmmm...

      Padam
  9. usaha itu penting...\pergi mgurut tu, sekali je ke?
    cuba pegi tida kali..kot mahu lega..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-allah lagi 2 3 minggu nak pegi lagi...

      mencuba kan?

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.