Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, Disember 27

forty-niners

hello semua, selamat pagi...

boring pagi ni. sunyi jer. membuatkan aku tibe-tibe ada mood nak menulis. sebenarnya, lately aku ketandusan idea nak tulis apa. maybe, hidup aku tu bergerak macam keretapi. slow and constant. jadi teruskan sahaja hidup ini. 

semalam dalam pagi ke tengah hari, aku ke SPNB. ambil surat tawaran. akhirnya usaha Ncik Bos Botak tu tak sia-sia. kitorang dapat satu pakej membina dan menyiapkan rumah contoh. ya, kertas cadangan rumah mesra rakyat ini adalah satu perjalanan yang panjang. if there, sesiapa yang baca blog aku for sure tau pasal benda alah ni.

last monday, masa dapat call surut ambil offer letter rasa macam release. pegawai yang bertugas tu pun terkejut tiba-tiba aku cakap terima kasih kat beliau. tak pernah-pernah kontraktor ucap terima kasih kan? haha!

ia mengingatkan aku pada suatu cerita. cerita lapan bulan lepas; zaman kegemilangan Ncik Afzal menyiapsediakan Ncik Bos Botak dalam kerjaya politik beliau disamping menjadi seorang "marketing person" dalam company. basically tugas-tugas mempromosikan syarikat atau melobi tender atau apa-apa dokumen yang melibatkan perbentangan dan promosi servis adalah dibawah tanggungjawab beliau. 

seingat aku pada masa tu, company memang kehabisan kerja. Ncik Bos Botak dah cukup-cukup runsing. sampai kami semua ni pernah buat satu mesyuarat untuk "spot" tender yang bakal dapat. sampai macam tu sekali dan SPNB one of our target.

masa tu keadaan nampak samar. dengan arkitek asal yang taknak commit ape-ape. dengan presentation berkali-kali dan pada masa tu; aku rasa arkitek in house asal pelan ni saja nak buat team kami down. finally dengan beberapa masalah yang diutarakan oleh beliau; he gave up the project dan beri kami pelan tu free. 

semangat aku time tu sangat down. berkali-kali aku skip untuk hantar proposal untuk completekan dokumen. Ncik Bos Botak yang memang tau aku taknak buat siap cakap "whatever it is, saya nak kamu hantar dan kamu jangan lemah semangat; somehow kite mesti dapatkan pakej ni!"

tegas. oh, ape relatenya Ncik Afzal dalam hal ni? hahaha! macam serius je aku cerita benda alah ni kan?

satu malam yang damai; sewaktu bujang trang tang tang. aku lepak di pejabat. sambil lepak sambil membebel dengan Ncik Afzal yang memang aku anggap seperti abang kot. ke pakcik. mana-mana je lah. lepak punya lepak :

Ncik Afzal : Mas, cuba kau cerita dengan aku. ape pasal kau rasa kau taknak submit SPNB tu?

Aku : saya malas la ncik. saya submit dari last year kot. dari guna firm consultant alih kepada firm contractor. nilaian untung satu rumah pun takot tak terbuat. saye pun tak faham kenapa bos nak jugak projek ni. sungguh tak faham... (dan bla bla bla sehingga noktah terakhir) lepas tu bos cakap saya patah semangat. errm.

Ncik Afzal : betul lah die cakap tu. 

Aku : apehal pulak?

Ncik Afzal : kau pernah dengar cerita sejarah orang gali emas kat US tak?

Aku : tak, saya dok Malaysia je... huhuhu.

Ncik Afzal : ni bos yang cakap dengan aku, aku cerita je. ko tau pasal forty-niners?

Aku : tak tau ncik...

Ncik Afzal : "forty-niners" ni cerita pasal macam mana James Wilson Marshall dapat jumpe emas kat California. sebelum Wison ni ada satu keluarga yang run bisnes pertanian. sanggup gadai semua harta dan cari gali emas kat tempat tu selama 20 tahun. bayangkan ahli keluarga tu bersatu padu dari segi upaya, harta dan semangat untuk mencari gali emas. bile dah terlampau lama menggali, ncik ayah dalam keluarga tu macam dah sedikit give up. lepas tu, perbalahan pun belaku dan mereka meninggalkan kerja carik gali tu; mereka fikir dah takde emas dah dalam tu. bayangkan lah dah 20 tahun.

Aku : woooo ~! lepas tu ncik...

Ncik Afzal : lepas keluarga tu tinggalkan tempat tu datanglah Wilson yang tengah susah dan takde kerja. datang tempat tu nampak mesin cari gali emas dan cuba gali sedalam lagi yang boleh. seminggu lepas tu, jumpalah emas pertama di California. bayangkan mamat Wilson ni tak keluarkan apa-apa modal dan tenaga terus dapat jumpa emas dari usaha orang yang dah putus asa.

Aku : okey... tapi...

Ncik Afzal : that's why dalam kerja atau bisnes; jangan cepat putus asa atau mengalah. sebab kite tak tau makin dalam kite pergi. ape hasilnya...

cerita macam ni buat aku terfikir sebenarnya. entah; antara give up atau tak kita tak boleh lari dari keputusan kita. namun, kadang-kadang "give up" kita memberi kesenangan kepada orang lain. wallahualam.



p.s : bile la orang balik umrah nak lepak sama ni... errrmmm...



10 ulasan:

  1. Setuju. Jangan give up sebelum mencuba. :)

    BalasPadam
  2. kadang2 macam tu la kot kehidupan..org yg berkerja kuat tak dapat balasan setimpal,yg menumpang tuah tu atas nama bertuah barangkali...:)

    BalasPadam
  3. Never give up tapi masih ada batasnys, kan?

    BalasPadam
  4. dah bukan rezeki mereka tu
    20 tahun satu masa yang sangat lama

    BalasPadam
  5. bagus juga moral citer forty niners tu. Tapi.... aku ni cepat putus asa jgk. Cemana. Tahniah ye sebab dpt tender tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu. thanks.

      jangan kata kau, aku pun...

      Padam
  6. kadang-kadang perkataan give up tu boleh ditukar kepada perkatan 'give ways to others', perhaps?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong dgn kata2 GB. jgn menyerah kalah.

      Padam
  7. Kdg2 je rasa give up tu..tp kdg2 rasa bersemngat blik ni.hehehe

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.