Pengikut (Blogspot)

Selasa, 10 Disember 2013

daiso; legend alatan rumah

hello semua, selamat malam...

dah hari selasa. nak masuk rabu pun. tadi petang lepas balik sabak bernam; tergolek aku tido tak sedar dunia. ni pun badan sakit-sakit lagi ni. lenguh entah kenapa. haha! abaikan.

jumaat lepas, on the way balik dari Taman Mas, Sepang melalui LDP. nampak Paradigm Mall yang aku sebut sebagai "Pa-ra-di-gem" tu. huhu.

singgah untuk makan sambil nak tengok jugak, ada apa dalam mall ni. langsung berkenalan dengan Daiso. aku tahu yang Daiso ni nak femes letup-letup kat The Mines sana. tapi disebabkan The Mines tu bukan port aku, memang takde masa lah nak menyinggah pun.

disebabkan pegi Paradigm Mall hanya untuk makan. jadi tergerak hati lah nak masuk Daiso. kedai serbaneka yang memang legendary setakat ni kat Malaysia. hekhek. semua barang yang korang anggap perlu tapi tak perlu dijual dengan harga ringgit malaysia lima. jika korang benar-benar perlu, memang harga tu berbaloi-baloi la kan.

ringgit tiga puluh lima dalam tangan

1. tong rokok. memang ni terang-terang bukan untuk aku. ni untuk Encik L. aku beli sebab aku tersedar; dalam banyak-banyak barang aku beli lansung tak ingat beliau. untuk mengelakkan bangkangan yang nyata jadi aku beli la satu tong rokon yang comel ni. yelah; yang ada sekarang ni pun open. habuk terbang-terbang.

2. make up sponge. banyak-banyak ni. yang pelbagai saiz dan kegunaan. bukan senang nak dapat harga lima ringgit. selalu yang kat Watson dan Guardian pakai belasan ringgit. tak rugi amek satu kan bagi menggantikan span pada compact powder yang dah macam tahi dah.

3. neck-tie. dengan harga lima ringgit. cuma untuk standby kalau-kalau Encik L kena ikot aku pegi dinner. better lima ringgit dari takde lansung.

4. card holder. tempat simpan kad nama dengan harga lima ringgit. comel je. harga lima ringgit.

5. hair cutter. gunting rambut. lepas ni takdak la kena guna gunting kertas untuk rambut. maknanya lebih praktikal la lepas ni. huhuhu.

6. pengorek telinga. err. malas nak terang pasal ni. kehkeh.

7. handicraft pen. atau penanda untuk orang buat kerja-kerja jahit. aku tau aku tak guna benda alah ni. tapi sebab comel dan baru first time nampak; tu aku sebat satu.

dalam mall ni ada dua kedai Daiso; satu yang provide barang lima ringgit dan satu lagi khusus untuk peralatan rumah. dua-dua berbaloi kalau nak singgah.

bila dah balik rumah bawak barang-barang ni macam ada je yang nak beli lagi. bulan depan aku akan singgah untuk beli barang-barang yang boleh organise almari baju. insya-Allah jika diizinkan.

okey. nanti aku cerita pasal big bad wolf dan kegilaan buku untuk bulan ni. adey-chiau.


p.s : masa silam yang sangat-sangat pahit sehingga aku terjeluek untuk melangkah ke masa hadapan.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.