Pengikut (Blogspot)

Rabu, 13 November 2013

khabar ini bukan aku yang pinta

heloo semua, selamat petang...

aku baru balik dari Toronto a.k.a Tronoh, Perak. ada meeting tender hari ni. hari ni baru ada mood sikit lah nak kerja. walau kepala aku pening weng-weng.

dulu aku ada buat side job dengan seorang insan ni; nama beliau Pakdin. muda lagi sebaya dengan Encik L tapi aku panggil Pakdin sebab aku segan nak panggil beliau abang. nak panggil nama kang rasa kurang ajar pulak. kuikuikui.

disebabkan kerja "freelance" memang susah collect payment; ada beberapa amaun dari job aku tertangguh dengan beliau. sehinggakan duit yang aku budget untuk guna semasa majlis pun aku tak dapat collect. 

masa aku sibuk mencari beliau, mahukan penjelasan; takda satu mesej dibalas dan takda satu panggilan dijawab. stress dan marah menyelubungi aku. honestly speaking lah kan, aku hanya manusia biasa.

tiba-tiba tadi, dapat panggilan dari nombor yang macam kenal tapi tak kenal. handphone baru format; semua nombor dah hilang. sekian. 

aku jawab call tu. ya, suara tu milik Pakdin.

tanya khabar sekian-sekian dan bercerita agak panjang.

ia khabar yang mengejutkan. penceraian tanpa sedar antara Pakdin dan isteri. maksud aku lafaz yang antara bermaksud atau tidak. yang perlu diputuskan di mahkamah minggu depan. 

sesiapa yang di alam perkahwinan termasuk aku sendiri; berhati-hati bila berbicara dengan suami. suami yang marah; jangan diganggu. 

lafaz yang pelik-pelik dan amat memeritkan.

tujuan panggil aku bukan untuk mengadu nasib. tapi nak mintak maaf sebab beliau terasa beliau aniaya aku tak bayar hutang.

hmm.

aku pulak rasa dosa ini membebani aku. aku yang sememangnya marah. tapi aku tak mendoakan keburukan seperti itu terjadi atas beliau.

hmm.

kehidupan ni susah betul nak dirungkaikan. 

adey-chiau.
 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.