Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 15 November 2013

kamu sebenarnya tak tahu

hello semua, selamat tengah hari...

sakit pinggang saya sakit pinggang. hahaha. semua angin berkumpul kat pinggang saya. gedik pulak cakap macam ni kan kan kan? serius sakit. perlukan rehat untuk bertambah baik ni.

awal bulan hari tu, beli buku tajuk "Lukmanul Hakim adalah Socrates Berkulit Gelap". idea yang dikupas oleh Muhamad Alexander; yang dulu terkenal dengan buku "Armagedon 2012"

cerita ni masih panjang. masih banyak persoalan yang kite kena kaji daripada hasil kupasan beliau ni. tapi dari lubuk hati yang dalam aku suka penulis ni. dengan idea-idea macam ni sebenarnya yang penting beliau membawa kita mengenal Allah SWT.

walaupun ia atau tak, Lukman yang diceritakan di dalam Surah Luqman itu adalah Socrates atau tidak; ia tak penting bagi aku. cuma aku ingin kongsikan satu ayat dari Surah Luqman; ayat 6 yang seperti kat bawah ni:

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.


aku insaf bila membaca tafsir ni;

(1) memilih untuk membelanjakan harta pada perkara-perkara yang melalaikan dan akibatnya menyesatkan diri daripada ajaran Islam.

(2) mengejek-ngejek perbuatan / ajaran dalam Islam tanpa sebarang pengetahuan berkenaan itu.


sebenarnya ayat ni berdasarkan satu penceritaan pada zaman Rasullulah hingga turunnya Surah Luqman. aku nak terangkan tak berapa nak pandai. 

ape kata korang dapatkan sendiri buku ni kat kedai buku. if nak tau lebih lanjut lah. saje perkongsian di hari Jumaat.

assallamualaikum.

p.s : semoga kesihatan kembali pulih dan semangat bekerja mendatang!


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.