Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 8 November 2013

impact of termination

hello semua, selamat malam...

setelah menambah kapasiti penggunaan jalur lebar di telefon bimbit saya. eer? saya pulak. 

okey. aku boleh online kat rumah. guna lappy. yippie. blogger mana suke update guna phone ye tak?


fikir-fikir lah sendiri

mengantok ni tapi tak leh nak tido. Encik L dah selamat; sampai China mungkin. kikiki.

last week, masa aku meroyan malas nak kerja. Ncik Bos Botak panggil aku. aku budget nak hentam aku pasal Rumah Makcik Sebelah. damn! aku memang silap.

setelah membuka buku nota macam kat atas bersedia pen di tangan beliau membuka intro ada satu projek kami kena terminate. 

Ncik Bos Botak : kau tau tak?

Aku : tak tau bos.

Ncik Bos Botak : amek ni; Impact of Termination...

aku pun menyalin perkataan tu ke dalam buku. ibarat macam topik besar untuk hari tu. nak bersedia mendengar point-point dan hujah bernas dari beliau. aku budget macam ni; perkataan amek ni ibarat "sila catat ni". kata hati aku la time tu. hahahaaha!

tapi akhirnya, setelah aku menamatkan perkataan "termination" itu aku nampak beliau senyum (masih cover-cover marah la)

Ncik Bos Botak : ambil surat ni sila copy sorang satu...

aku termanggu. penat je tulis tajuk. hahaha!!

melihat satu helaian kosong tadi. sebenarnya Ncik Bos Botak suruh fikir mana salah silapnya. tu je. merenung kertas tu lama-lama buat aku merasakan; ia adalah suatu yang kosong.

dan cuba mengisi atau lari dari kekosongan itu. adey-chiau.


p.s : memang mungkin ada perkataan dan perbuatan di tokok tambah atau di off-record atas sebab-sebab kasi sedap cerita dan privasi.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.