Pengikut (Blogspot)

Rabu, 27 November 2013

Hidup Mewah dengan "Cheat"

hello semua, selamat petang...

pasal semangat yang hilang semalam. actually kalau korang nak tau if aku main The Sim bagai nak rock tak ingat dunia; meaning that aku tengah stress. jadi aku ingin lupakan realiti dan hidup dalam dunia fantasi. kahkah.

best ape jadi The Sim. senang je nak kaya sebab boleh "cheat". bila kite type "motherlode" as code and enter. amek kau lima puluh ribu dalam akaun kau. lima puluh ribu???! 

dapat kat aku memang dah tegak dah rumah sebijik. 

kemudian, kalau kau tak puas hati lagi; type lagi sekali "motherlode". bayar hutang loan, kereta dengan ptptn. selesai. tak payah tiap-tiap bulan aku terkulat-kulat fikir macam mana nak pusing duit gaji bagi ngam-ngam dengan semua kehendak aku. hahaha.

kemudian aku akan type "motherlode" sekali lagi atau dua kali lagi untuk dapatkan satu ratus ribu. senang aku nak buat investment sana-sini kononnya.

tapi tu la dia. jadi The Sim pun kena menipu nak jadi kaya. mana ada jalan mudah untuk dapatkan duit yang halal. back to basic; jika taknak "pasal duit" lama-lama kita dok makan hati dengan rasa gundah gelisah, elok lah kita masing-masing belajar bersyukur dengan apa yang ada.

ukur baju kat badan sendiri kan. kalau pakai yang ketat kang bukak aib kita; if pakai terlalu longgar kang orang cakap baju pinjam pulak. biarlah rezeki yang ada hari ni adalah ngam-ngam saiz kita.

lapar pulak bila aku cakap pasal rezeki ni. babai.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.