Pengikut (Blogspot)

Isnin, 25 November 2013

cerita kerak-kerak atas pan; rangup

hello semua, selamat petang...

lama sangat tak tulis blog. kan kan? malas sungguh aku. minggu lepas aku pergi jalan-jalan. jadi memang jarang dapat update. bile balik rumah macam dah penat. asal 10 malam je mata aku dah off. rindu gak nak lawat blog kawan-kawan. tapi tu la kan; blog sendiri pun tak terjaga. haha!

sabtu lepas, semua ahli Teamcoat ke kenduri Adik Lina kat Taiping. aku tak pergi sebab Encik L dah start kerja dah. jadi aku pun mencanguk kat ofis main The Sim. comp. game favorite aku kot. err? haha.

aku ditemani oleh Ncik Kegembiraan (baca sebagai Ncik Afzal) yang lepak sambil tengok-tengok website yang boleh restore data Whatapps. ni aku agak je. sebab beliau dengan aku sama je, hadap komputer masing-masing dan kemudian hanyut dalam dunia masing-masing. hekhek. pelik pulak rasa statement ni.

Ncik Afzal yang kebuluran mungkin tahap African ketika itu telah memanggil Pizza brand Domino untuk dihantar ke pejabat. bayangan pizza perisa ikan bilis terawang-awang di minda Ncik Afzal lalu mengharapkan dispatch pizza sampai dalam masa 30 minit dari panggilan. 

satu jam yang pertama penantian; Ncik Afzal bersuara :

Ncik Afzal : kau tak lapar ke Mas?

Aku : saya okey je Ncik, tadi pagi Lokman (baca sebagai Encik L) belanja nasik lemak. 

Ncik Afzal : kau biar betul, kebulur ni...

Aku : errmmm (masih main The Sim)

dua jam kemudian, datang seorang kawan kepada Ncik Afzal yang bernama Ncik Ghafar. print dan photocopy document. sambil menunggu pizza datang.

aku yang tidak berapa ambil port dengan lawak-lawak mereka kerana aku "sibuk" dengan dunia The Sim aku. hahaha!

empat jam kemudian, pintu pejabat diketuk. ia adalah dispatch pizza. ya ia adalah dispatch yang berjaya menghantar pizza ikan bilis ke ofis kami. ya, ia sungguh yummy!!! err... ia sungguh poyo. 



Pizza Ikan Bilis. sedap....!

sebenarnya; di akhir cerita ni korang kena tau yang Ncik Afzal dapat empat keping tiket pizza free sebagai tanda mintak maaf Pizza Domino kerana mereka datang lambat. 

Free Regular Pan Pizza; 4 jam = 4 tiket

tu je cerita belah petang sabtu. malam pulak aku kena pegi dinner kat Mandarin Hotel while Encik L tengok konsert Firman & ST12 kat Live Center, Jalan Sultan Ismail. sementara meneman aku dinner dekat dalam orang pakai baju kot. beliau takde. hahaha!

ok. macam tak berapa menarik kan? takde mood nak menulis pun. adey-chiau


p.s : musim rambutan dan durian.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.