Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Khamis, November 7

berus bedak asas; ia juga baru dibeli

hello semua, selamat tengah hari...

sejak-sejak kahwin ni aku suka pulak make-up. ia macam satu medium untuk menaikkan keyakinan diri pada kita. kononnye lah.

aku paling tak suka, kalau aku tengah bersiap Encik L ada kat tepi aku. haha! biasa lah jadi pengkritik tak berbayar. tapi kalau beliau takdak nak komen, pandai pulak aku carik. aku pun macam dua kali lima je kot. kan, suami isteri.


tepek kat muka ini pagi

okey. tu yang aku guna pagi tadi. face foundation warna biege dari Revlon. ooops. jangan sangka mahal sebab masa sale kat Guardian last month aku dapat 50% off; jadi lah ringgit malaysia tiga puluh lima sebotol. boleh pakai dalam masa 6 bulan. cuba bahagi sebulan berapa je belanja? tak sampai ringgit malaysia enam pun. hehe.

tapi disebabkan nak murah punya pasal, Revlon Photoready Air-Brush ni didatangi dalam bentuk bubble. buih ni kalau disapu dengan tangan senang sangat masuk mata. tak sama macam foundation liquid yang best tu. patut la ni murah kot. kahkah.

dah seminggu masuk mata je bedak, memang aku panas hati la kan. aku pun tengok video make up dari Michelle Phan. perlu ke cakap kat sini? kahkah.

rupanya, mereka menggunakan berus. ya! berus. 

bila dapat gaji, bagi tak bagi aku tetap beli berus untuk foundation. yang tu depan sekali tu; dari Sendayu Tinggi. senang jugak nak carik produk ni kat area Kuala Selangor dan Sungai Buloh. aku sebat satu kat Watson Kuala Selangor last week.

dah beli, pagi tadi baru nak cuba-cuba guna. bila Encik L lintas je bilik aku panggil;

Aku : Abang... kite ada berus make-up baru...

Encik L : eh, abang pun ada beli lah berus baru untuk sayang...

aku lagi buat muka blur. dalam hati aku dah tanya, sejak bila pulak beliau tau aku nak beli benda alah ni. aku tak cakap ape pun kat beliau. ingat-ingat macam tu lah.

Aku : bile plak abang beli? beli berus yang macam mana?

Encik L : berus cat semalam baru beli. nak?

Aku : ape abang ni? benci...

beliau buat muka puas hati terus keluar pegi dapur.

oooo, gitu lagak kau ye.

nanti aku carik bahan lain nak kenakan beliau. 

tu je nak cerita. mari kemas meja office.

adey-chiau.



p.s : mintak kita sama-sama hargai apa yang kita lalui hari ni. tak tahu esok lusa adakah kita masih boleh pertahankan semua ni? hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. mari mencari Perlindungan dan Keredhaan Dia. amin.




24 ulasan:

  1. Berus cat pun berus cat la..jnji cik abg kasik..pandai wat lawak eh..hehe..baru la best cenggitu kan rapunzel?:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha!

      berus cat untuk guna kat muka... rabak!

      Padam
  2. berus cat pun okay Punzel..beso hihi

    BalasPadam
  3. amboi berus cat. Rabak muka bini. punzel, semoga berjaya mempertahankannya. Dulu akak masa mula2 kawen juga begitu. Berharap dpt pertahankan keintiman begitu. Dan pelik kenapa org lain tak dpt untuk kekal begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah la...

      kite lately bergaduh bab hati dan perasaan ni kadang-kadang rasa nak give up pun ada...

      tp tu la, selagi tak selam ada ape, selagi tu la tak tau kan... hehe.

      Padam
  4. nsib tak dibelinya berus sabut kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahua...

      bagi berus sabut, sental kat muka memang kaw kaw hilang jerawat!

      Padam
  5. mcm best je foundation tu,,,nur pakai simply siti je...
    tahan lama gak tu..tp xpakai berus..pakai tgn je..
    picit besar biji saga tu..pastu tenyeh muka..kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la kalau foundation biasa memang guna tangan je...

      sebab die datang dengan bubble, die senang kering dan masuk mata...

      tu yang gigih mencari berus tu...

      huhu.

      Padam
    2. ohh..yeke..?
      macam best je..
      renyah tak nak pakai tu punzel..?

      Padam
    3. renyah jugak...

      baek pakai liquid biasa....

      guna jari pun boley :)

      Padam
    4. yeke...td tgk dekat youtube..mcm best je..
      bila punzel kata renyah, cancel terus nak beli.
      heheheh

      Padam
    5. Huahua...

      Kalo nk pakai revlon kena pakai yg liquid form yg biasa...

      Sumpah best!

      Padam
  6. huhu..snyum bc..

    tp tak pernh try lagi revlon..ramai kata best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. revlon best...

      aku suke sangat. ape produk pun terutamanya lipstick.

      tp harga die lah yang tak menahan yui...

      heehee,

      Padam
  7. Hihi... sesekali kena dgn En. L best kan. Kakak tergelak juga ni:)

    BalasPadam
  8. amboi sweetnya laki bini ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sweet ker?

      kalo sweet kena la ada sisirkan bunga ros setangkai kat tepi rambut...

      kahkahkah

      Padam
  9. haha..berus cat yerk... adeii..org laki kalo wat laki..mmg sakit jiwa kejap.. speechless kita dibuatnyer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huahua...

      bukan sakit jiwa sekejap. sepanjang hari...

      Padam
  10. Bila baca ini.. aku just realize... aku tak pernah pakai make up pun. :3.

    AKu biasanya just put lip balm dan sedikit bedak johnson je. Huuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya...

      kulit kau mesti cantik kan reen kan?

      Padam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.